Wednesday, August 19, 2009

Hukuman Hudud: Keindahan Islam

Kedua-dua gambar di bawah adalah hukuman hudud yang dijalankan di Afghanistan sewaktu pemerintahan Taliban pada suatu masa dahulu.

Bayangkan jika Malaysia menjalankan hukuman hudud seperti di atas. Sudah tentu ribuan akan hadir ingin melihatnya dari dekat. Dan jutaan akan melihatnya melalui siaran langsung melalui kaca TV. Agak-agaknya beranikah lagi bakal pencuri/perompak/penyamun ingin melakukan kerja-kerja tersebut. Beranikah bakal perogol/penzina/pelaku maksiat melakukan kerja-kerja terkutuk berkenaan?

Nah! itulah Islam. Dan itulah hukuman yang Allah tetapkan untuk seluruh umat manusia. Jelas dinaskan di dalam AlQuran. Sungguhpun nampak seperti kejam namun untuk melaksanakannya amat susah kerana memerlukan saksi yang mencukupi dan disoal kenapa ia melakukan perkerjaan tersebut.

Bayangkan sebaik sahaja ia dilaksanakan sudah tentu kesannya sangat besar kepada kehidupan masyarakat secara keseluruhannya. InsyaAllah aktiviti jenayah dan maksiat akan turun mendadak secara 'drastik'. Masing-masing akan takut direjam dan dipotong tangan. Polis tidak lagi sibuk untuk menangkap penjenayah kerana tidak ada lagi jenayah yang keterlaluan. Penjara pula lama-lama akan kosong dengan penghuni. Tidak ada lagi pembaziran membina penjara dan menanggung makan percuma penjenayah dengan wang cukai rakyat.

Sudah tentu rakyat akan selesa kerana negara akan aman. Peniaga dan hartawan tidak lagi risau tentang pencuri. Kedai-kedai/rumah boleh ditinggalkan begitu sahaja kerana orang akan berfikir berpuluh kali untuk mencuri. Anak dara dan teruna tidak lagi berani untuk berkepit kerana masing-masing malu kerana akan dipandang serong oleh masyarakat dan mereka takut kalau-kalau terjebak dengan penzinaan.

Justeru itu, lihatlah apa yang berlaku pada hari ini di Malaysia. Pembunuhan boleh dikatakan berlaku hampir setiap hari. Rogol, zina, buang anak dan sebagainya boleh dikira mengikut kiraan 'minit'. Pihak berkuasa sudah mati akal nak membasmikannya. Kenapa? Kerana mereka 'sombong'. Tidak mahu mengikuti perintah Allah. Jadi tunggulah saat kemusnahanan yang pasti akan tiba dengan lebih parah lagi.

1 comment:

Anonymous said...

Help Muslims in needs by searching on Al-Islam !!
Al-Islam-Search is on a mission to help Muslims.When you search the Web on Al-Islam-Search, a portion of revenue generated will be donated to Muslims.The more you search, the more you can help us rescue Muslims and reach our ultimate goal of raising $1 million by the end of 2009.No cost to you. Just use Al-Islam-Search like you use Google,Yahoo or any other search engines.
Please visit us at http://Al-Islam-Search.com