Wednesday, April 8, 2009

Pengumuman kabinet baru ditangguh

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak masih dalam proses memuktamadkan kabinet barunya dan pengumuman yang dijangka diadakan hari ini ditangguhkan, menurut pegawai rasminya.

Najib, dijangka mengumumkan barisan kabinet barunya esok sebelum berlepas ke Thailand bagi menyertai persidangan serantau di negara berkenaan.

Perdana Menteri bakal menampilkan barisan kabinet yang diperkemaskan dengan sasaran untuk membantu beliau merealisasikan janjinya untuk membawa pembaharuan.

“Tidak ada pengumuman rombakan kabinet hari ini. Paling awal adalah esok,” kata pegawai kanan kerajaan di sini, hari ini.

Penelitian harus dibuat secara mendalam mengenai siapa bakal menganggotai kabinet kerana ditakuti ada yang akan menolak jawatan tersebut, ini akan memalukan lagi kerajaan.

4 comments:

Shitsurei Shimashita said...

agaknya kenapa yer? adakah tekanan dari parti komponen atau masalah pemilihan anggota kabinet selepas PRK smlm.

Shitsurei Shimashita said...

malu tang mana kalo muka depa ada yg tak tau malu.

kaum muda yakuza said...

mane x nye..menteri UMNo sendiri buat parti malu..

Yern Ain said...

najib tgh brfkir2 mau mskkn i skali dlm kabinet.tu la lmbt announce. heeee