Thursday, April 9, 2009

Pelajar buta sebelah mata angkara rusuhan bola sepak

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/mutakhirPix/buta.jpg

KOTA BHARU 9 April — Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat di sini, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian.

4 comments:

Anonymous said...

Tak kira berapa banyak kerajaan bayar gantirugi, pelajar ni dah cacat. itule, suka sangat guna gas pemedih mata. Sikit2 guna gas pemedih mata. Dahtu, tak kawal nak hala kat man gas tu, terkena innocence people. Memang betui, yang merusuh tu tetap bersalah mengganggu ketenteraman awam, tapi tak boleh ke simbah ayor je ke? Kat luar negara deme guna ayor sejuk je. , Mike yang keroje dengan FRU tu tak malu ke? Tak takut dosa? Kita negara Islam, tapi suka seksa orang.

Shitsurei Shimashita said...

kenapa lah suka sgt tembak org! buatlah kepungan dan hadkan pergerakan mereka. Skrg dah ada menteri baru, diharap gunakanlah otak tuk buat keputusan yg terbaik.

Anonymous said...

kalau x tembak, teruk jugak kene pukul..dia ingat semua perusuh guna 'google' ke?hahaha

Anonymous said...

islam dlm diri masing2... jgn nk salahkn owang len... ade umno swuh n benarkn kowang wat jht. xde kan?
klu da jht, sape2 perintah pun same je.. :)