Thursday, April 2, 2009

Bantal cap gajah duduk



haha, entry kali ni aku tulis pasal kreatifnya aku.

Jika ada tetamu yang datang ke rumah/bilik andauntuk menumpang tidur, atas alasan dimarah si isteri, dah lewat sangat nak balik rumah, takut dan sebagainya, tentu tak ada bantal lebih untuk tetamu...

Biasalah kan, rumah/bilik orang bujang.

tapi korang boleh buat sendiri bantal untuk tetamu, bergantung dengan bilangan kain pelikat dan pakaian korang.

mula2:
kumpulkan semua baju yang ada, tak kira yang dah dibasuh atau yang ada dalam almari.




sediakan sehelai kain pelikat untuk dijadikan sarung bantal. Aku guna kain cap kenari, tapi yang famous adalah cap gajah duduk, gajah berdiri dan bukan gajah...hahaha


masukkan semua baju tadi ke dalam kain tersebut, quantiti baju ikut ketebalan bantal. kalau nak selesa lagi letak baju mahal2. jangan letak seluar dalam, boxer dan seluar jeans, sebab akan menyebabkan tidur anda tidak selesa, lagi2 bau yang tidak menyenangkan.



lipat elok2, kemaskan lipatan.



keadaan hampir siap.dah nak selesai ni.



Bah, jadi lah bantal buatan tangan sementara anda. memang sedap jugak tidur guna bantal tu.
Selamat mencuba!

1 comment:

"iEkYn said...

mal.le pjm ke bntal nih??kreatifnyer..