SUNGAI PETANI 29 Mac - Pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau mencatatkan sejarah negara apabila menyaksikan buat pertama kali berlakunya pertandingan 15 penjuru.
Senarai calon yang menyerahkan borang bermula pukul 9 pagi dan kini dipamerkan untuk tujuan bantahan di pusat penamaan Sekolah Menengah Teknik 1 Sungai Petani ialah;
1. Datuk S. Ganesan (Barisan Nasional)
2. S. Manikumar (Parti Keadilan Rakyat)
3. Husaini Yaakob (Bebas)
4. T. Chandrarajan (Bebas)
5. Mejar (B) Anuar Abd. Hamid (Bebas)
6. M. Venason (Bebas)
7. Abdul Rahim Abu (Bebas)
8. S. Moganakumar (Bebas)
9. Mohd. Fazil Abd. Wahab (Bebas)
10. Radzi Md. Lazim (Bebas)
11. R. Loganathan (Bebas)
12. L. Sarala (Bebas)
13. A. Jayagopal (Bebas)
14. Tan Hock Huat (Bebas)
15. Khamis Awang (Bebas)
No comments:
Post a Comment