Monday, March 23, 2009

Rusia tumpas militan Islam


PASUKAN khas Rusia berdiri dekat mayat militan Islam yang terbunuh di wilayah Karabudakhkentsky kira-kira 30 kilometer dari Makhachkala dalam operasi khas tiga hari memburu pemberontak dari wilayah tersebut. - Reuters

MAKHACHKALA, Rusia 22 Mac _ Pasukan keselamatan Rusia di wilayah Dagestan, selatan negara ini mengumumkan mereka telah menamatkan operasi memerangi puak pemberontak selepas pertempuran sengit selama tiga hari yang menyebabkan 21 orang terbunuh.

Sekurang-kurangnya empat pemberontak terkorban dalam pertempuran malam tadi di wilayah majoriti Islam bersebelahan Chechnya itu.

Lima anggota polis terbunuh sejak pertempuran meletus pada Khamis lalu dan 12 pemberontak pula terbunuh di luar ibu kota wilayah, Makhachkala.

komen: kenapa orang islam sendiri yang hidup aman diam je? takut mati ka?

No comments: