Saturday, March 28, 2009

Orang umno percaya kepada tuah angka!

22 angka bertuah Zulhasnan

Nombor calon, jadi Ahli MT, rai ulang tahun perkahwinan

KUALA LUMPUR: Kemenangan tempat ke-22 Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Zulhasnan Rafique dalam perebutan jawatan Ahli Majlis Tertinggi (MT), menarik perhatian kerana nombor calon beliau juga 22 dan semalam adalah ulang tahun perkahwinannya ke-22.

Pengerusi Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan itu mendapat 1,431 undi dan menduduki tempat ke-22 daripada 49 calon yang layak bertanding.

“Ia mungkin kebetulan, tetapi ia juga mungkin nombor bertuah. Saya tidak menjangka semuanya 22.

“Apapun saya sempat meraikan majlis ulang tahun perkahwinan secara ringkas bersama anak malam tadi (kelmarin). Mereka adalah pemangkin utama kepada kekuatan saya,” katanya

No comments: