Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Tuesday, February 24, 2009
UMNO di sarawak hanya sia-sia saja
UMNO adalah parti komponen utama BN. Di semua negeri semenanjung malaysia dan sabah, UMNO penentu segalanya.
Tapi lain pulak ceritanya di sarawak. UMNO adalah parti yang ditolak secara total oleh pemimpin-pemimpin tertinggi di sarawak, khususnya bangsa melayu. Ini kerana wadah perjuangan UMNO adalah berbeza jika dibandingkan dengan perjuangan bangsa melayu sarawak. Berbeza dari segi idealogi hinggalah dialeknya, UMNO tidak mempunyai sebab untuk bertapak di negeri kenyalang ini.
Memang ada segelitir rakyat yang turut berjuang untuk membawa masuk parti ini, tetapi segalanya gagal. Jika dilihat pada pilihanraya negeri sarawak pada tahun 2006, ada jugak yang mengantungkan bendera UMNO bersama-sama bendera BN. Namun rakyat tidak pernah tertipu dengan semua itu.
Kehadiran agen-agen UMNO sejak awal lagi sudah tidak disenangi oleh pembesar-pembesar negeri, ini kerana wakil UMNO hanya mengambil jalan mudah untuk menganggotai kerajaan negeri, lebih-lebih lagi mengawal politik negeri. Dan, pembesar-pembesar disini juga mempunyai hubangan antara kaum yang lebih baik daripada UMNO.
JIka UMNO datang dengan alasan mempertahankan ketuanan melayu di negeri ini, apa bezanya dengan PKMS, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah lama membela nasib melayu di negeri ini sehingga diblacklist kerajaan negeri satu masa dahulu. Kini PKMS tidak mampu lagi bersuara akibat tekanan pihak-pihak tertentu.
Cerita lebih lanjut: http://www.agendadaily.com
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment