emas:
1. Emas adalah kekayaan yang hakiki
2. Tidak boleh di 'scam'
3. Emas tidak boleh dibinasakan
4. Tidak mudah cair
5. Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang
6. Tidak boleh dimanipulasikan
7. Dipuja
Wang kertas:
1. tetap kaya, tetapi tidak kekal.
2. mudah ditiru
3. senang dikoyak, terbakar, rosak, supik kelenyar, pudar, berlubang bila distapler
4. mudah menjadi debu
5. nilai sentiasa berubah, kejap naik, kejap turun, turun x naik2 pun ada, kadang xda nilai
Dinar & dirham adalah matawang kekal hingga kiamat. Antara sejarah kebaikannya adalah:
- Daripada awal tamadun Islam sehingga hari ini, nilai emas dan perak sangat stabil serta sangat menarik perhatian. Seekor ayam berharga 1 dirham ketika zaman Nabi Muhammad SAW, zaman perkembangan Islam negeri Arab serta zaman ketamadunan khalifah Islam; hari ini seekor ayam masih berharga 1 dirham dikebanyakan tempat diseluruh dunia apabila dibandingkan dengan nilai harga ayam runcit semasa.
- Sekaligus, ini menunjukkan inflasi sifar dalam jangka masa 1400 tahun.
- Ia membuktikan bahawa di dalam jangka masa panjang emas dan perak merupakan penyimpan nilai yang unggul. Kuasa beli emas dan perak masih dikekalkan. Inilah kelebihan emas dan perak. Selain itu, emas dan perak tidak boleh dicetak sesuka hati oleh kerajaan menyebabkan nilainya tidak mungkin jatuh seperti wang kertas.
- Oleh yang demikian, menyimpan kekayaan di dalam bentuk emas adalah kaedah terbaik dan terunggul.
- Nilai emas dan perak tidak perlu disandarkan kepada mana-mana kerajaan. Ianya bukanlah liabiliti mana-mana pihak.
- Semua bentuk aset kertas, contohnya bon, saham termasuk deposit bank adalah merupakan 'janji untuk membayar hutang'. Nilainya tertakluk kepada andaian pelabur bahawa janji pembayaran akan dilakukan. Sejarah menunjukkan bahawa aset-aset kertas ini boleh gagal sepertimana yang berlaku kepada bon dan wang kertas peso Mexico.
- Emas pula tidak tertakluk kepada mana-mana sistem kewangan dunia. Apa pun yang berlaku, emas tetap mengekalkan nilainya. Ini dapat dilihat daripada pengalaman manusia selama 5000 tahun di samping logam ini.
- Tujuannya bagi mengurangkan penipuan dan manipulasi mata wang. Mata wang sedia ada seperti dolar US, bath Thailand mahupun ringgit mudah dimanipulasi dan mudah disalahgunakan.
- Dinar emas pernah digunakan sebagai piawai bagi mata wang dunia ribuan tahun lamanya.
- Wang kertas dolar pada mulanya disandarkan kepada nilai emas. Tetapi kemudian sandaran emas ini tidak lagi digunakan.
- Akibatnya wang kertas dan syiling asyik turun dan naik dan sukar untuk memantapkannya.
Abu Bakar bin Abi Maryam meriwayatkan bahawa beliau mendengar Rasulullah, semoga Allah memberkati nya dan memberinya damai, berkata: "Akan tiba suatu zaman di mana tiada apa yang bernilai dan boleh digunakan oleh umat manusia. Maka simpanlah dinar dan dirham (untuk digunakan). "(The Musnad Imam Ahmad bin Hanbal)
Emas dan perak adalah mata wang yang paling stabil di dunia yang pernah wujud. Lindungi kekayaan anda dengan membeli emas dan perak.