Saturday, June 19, 2010

MENGAPA HARUS KITA MENGELUH??


Kita selalu bertanya dan al-Quran telah menjawabnya.

Kita bertanya: Kenapa aku diuji?

Quran menjawab, "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan."Kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta."
(Surah al-Ankabut: 2-3)


Kita bertanya: Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan?

Quran menjawab, "Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
(Surah al-Baqarah: 216)


Kita bertanya: Kenapa ujian seberat ini?

Quran menjawab, "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
(Surah al-Baqarah: 286)


Kita bertanya: Kenapa kita rasa kecewa?

Quran menjawab, "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman."
(Surah Ali Imran: 139)


Kita bertanya: Bagaimana harus aku menghadapinya?

Quran menjawab, "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, dan sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk."
(Surah al-Baqarah: 45)


Kita bertanya: Kepada siapakah harus aku berharap?

Quran menjawab, "Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya. Hanya kepadaNya aku bertawakal."
(Surah at-Taubah: 129)


Kita bertanya: Apa yang aku dapat daripada semua ujian ini?

Quran menjawab, "Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka."
(Surah at-Taubah: 111)


Kita berkata: Aku sedih!

Quran menjawab, "Dan demikianlah keadaan hari-hari (kejayaan dan kesedihan) Kami pergilirkan di antara manusia (supaya menjadi pengajaran)."
(Surah Ali Imran: 140)


Kita berkata: Aku tak tahan!

Quran menjawab, "...dan janganlah kamu berputus asa dengan rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir."
(Surah Yusuf: 12)


Kita berkata: Sampai bilakah aku akan merana begini?

Quran menjawab, "Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan."
(Surah al-Insyirah: 5-6)


Orang yang paling kuat sebenarnya adalah orang yang sabar. Tanpa kesabaran yang ditunjangi akal waras dan iman kental, kita pasti tidak dapat bangkit apabila menerima pukulan takdir. Walhal sesuatu bala itu juga nikmat buat kita, hambaNya. Tegal di sebalik musibah yang menimpa, jarang sekali kita mengintai hikmahnya.


Ayat Seribu Dinar

"Barang siapa yang bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar. Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya. Dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan keperluannya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu." (Surah at-Talaq: 2-3)

Sumber: Dipetik daripada Curahan Cinta Niagara karya Maya Iris.

KEJADIAN LUAR BIASA,





Keajaiban di 2nd Link Johor baharu- Storm Formation in Malaysia. Bukan senang kita nak tengok pembentukkan awan yang macam ni. Ni lah kuasa Allah SWT.

Ada yang bagitahu,ini fenomena yang biasa, terutamanya di tempat-tempat seperti laut, fenomena tersebut sering disalah ertikan dengan ribut taufan, perkara tersebut hnya berlaku jika wujudnya faktor2 seperti angin kencang + air, ole itu fenomena ini hnya berlaku di kawasan laut, & tidk akn ke darat

//SUBHANALLAH..(edited by-ANAK BUAH YAKUZA)

Thursday, June 17, 2010

MOTORETA???




François Knorreck amil masa 10 tahun untuk menyiapkan bende ni dengan kos sebanyak 15,000 euros. Ciri-ciri kereta/motosikal ni dilengkapi dengan enjin 1000cc, gabungan style Volkswagen Golf GTI , Audi 80 dan Citroen Xantia model

//KLU ORG SARAWAK PANGGIL MOTOKAR TU KERETA,HABIS TU NK PANGGIL NI APE???(^^,) (EDITED BY-ANAK BUAH YAKUZA)

SALAMATUSSODRI~MUTIARA YANG HILANG

www.iluvislam.com
Oleh: mzulhairi
Editor: salma ahsanan


Maksud firman Allah SWT :

" Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah, lagi menerangkan kebenaran dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan. Hendaklah kamu berlaku adil (kepada sesiapa jua) kerana sikap adil itu lebih hampir kepada takwa dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan"
(Al-Maidah :8)


Segala pujian kepada Tuhan sekalian alam, Maha Suci Allah yang telah menciptakan, segala sesuatu terjadi adalah kehendaknya, Penguasa alam Pentadbir semesta. Selawat dan salam buat baginda junjungan, dengan nurnya alam diterangi, dengan hadirnya juga rahmat dilimpahi, Muhammad Rasulullah SAW kekasih tercinta.



Alhamdulillah, moga kita dapat mengambil ibrah atau pengajaran daripada sirah perjuangan Baginda Rasulullah SAW, para sahabat, ulama salaf dan khalaf serta lain-lainya. Kejayaan perjuangan sama ada di medan dakwah atau medan perang, didasari oleh banyak faktor. Faktor utama tentunya adalah keizinan daripada Allah SWT, namun perlu diingat kejayaan dan kekalahan yang berlaku bukan datang tanpa asal-usulnya. Kemenangan datang apabila syarat-syarat untuk mencapai kemenangan itu dicukupi, dan kekalahan datang apabila syarat kemenangan itu tidak dicukupi.



Apabila kita berbicara soal faktor kejayaan ini, lihat bagaimana Sultan Muhammad al-Fateh berjaya menawan Kota Konstantinopel yang dikatakan mustahil untuk ditembusi kerana kedudukannya yang amat strategik. Saya tidak berniat membincangkan semua faktor pentingnya, sekadar mahu mengambil satu daripadanya, iaitu sikap Salamatussodri atau berlapang dada al-Fateh dalam menerima pendapat tenteranya dengan tidak mengira pangkat. Lihat bagaimana idea pembinaan benteng Rumelli Hissari yang amat membantu itu yang sebenarnya datang daripada idea seorang tentera bawahan. Al-Fateh berlapang dada menerimanya, tidak seperti kebanyakan pemimpin yang menutup terus ruang bagi pengikut bawahan bersuara dek kerana perasaan yang ego membuta.

Wednesday, June 16, 2010

REAL LIFE GUNDAM!!!





mobile suit ni actually dh siap june tahun lepas,dgn cost $742 millon..masih membuat aku terkasima sebab xsangka dorang mampu buat real life punye tapi stakat ni yg aku tau mobile suit ni cume dpt goyangkan kepala..huh???$742 million hanya untuk goyangkan kepala???

//APE2 PUN AKU TETAP GAK RESPECT DORANG,HARAP NANTI BETUL2 BLEH TERBANG,HAHA..(edited by-ANAK BUAH YAKUZA)