Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts
Showing posts with label bahasa melayu. Show all posts

Monday, March 9, 2009

Jangan guna golongan belia-utusan

KUALA LUMPUR 8 Mac - Tindakan segelintir pihak berkepentingan menggunakan golongan belia dalam perarakan haram membantah pelaksanaan dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) semalam, amat dikesali.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin perarakan haram itu didalangi pihak ketiga dan bukannya oleh para cendekiawan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan bahasa Melayu.

"Ia dilihat dengan jelas kerana dalam perarakan semalam tidak ramai cendekiawan dan NGO terlibat sebaliknya disertai para pemimpin parti politik dan muka-muka yang sudah terlalu biasa menyertai perhimpunan dan demonstrasi haram sebelum ini.

"Golongan inilah yang memperkudakan belia dan cendekiawan serta NGO untuk kepentingan politik mereka, bagi saya serah memorandum tidak salah cuma yang tidak betul ialah berarak dan mencetuskan huru-hara," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Program Generasi Bebas Jenayah di perkarangan Stadium Putra, Bukit Jalil di sini hari ini.

Sehubungan itu, beliau menyeru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh dengan dakyah segelintir pihak yang cuba mengambil kesempatan dan memanipulasikan mereka demi kepentingan pihak tersebut.

"Demonstrasi jalanan tidak mampu menyelesaikan masalah. Masih banyak ruang lain yang boleh dipilih, saya seru golongan belia supaya tidak mudah terpengaruh," katanya.


Kaum muda : Sapa yang guna sapa sekarang ni? Belia pun ada pendirian dia orang jugak. Brehati-hatilah dengan jiwa muda!

Sunday, March 8, 2009

Mana p UMNO?

Mana p united malay nation org.? Apa dia orang tak reti bahasa melayu ka? Yang aku nampak kelibat pemimpin pembangkang yang tak da pun p turun guna lambang parti. Pukida mana? aku dengar kat KL tu paling banyak ahli takkan tak da yang sokong bahasa sendiri kot. Nampak gaya nya perhimpunan Agung UMNO bulan ni dalam BI jugak rasanya, sebab dia orang yang sokong PPSMI...-Kaum Muda

Ada lagi 3x!









Kaum muda: Dapat tengok gambar pun jadi la, aku dok kat johor pun dapat rasa..hehe

Saturday, March 7, 2009

Demi mu bahasa Melayu yang tercinta




Lagi gambar sekitar perhimpunan PPSMI..layan..memang gila babi betul polis..sampai dalam masjid pon tembak lagi..














Kat dalam Masjid Negara lepas solat Zuhur:




dari pemuda cheh

http://media1.malaysiakini.com/170/7df01577ce89f34858c744738da95645.gif


PM mahu isu PPSMI diselesai segera


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berharap agar keputusan berhubung isu Pengajaran dan Pembelajaran Sain dan Metematik Dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dibuat segera bagi mengelakkan isu yang lebih besar tercetus.

— BERNAMA