Rashimah Osman,17, yang menderita penyakit buah pinggang menghitung hari untuk menjalani pembedahan. Rashimah ditemui di rumahnya di Kampung Kudei, Kuching, Sarawak hari ini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.- UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Monday, August 17, 2009
come on..help the poor
Rashimah Osman,17, yang menderita penyakit buah pinggang menghitung hari untuk menjalani pembedahan. Rashimah ditemui di rumahnya di Kampung Kudei, Kuching, Sarawak hari ini selepas menerima kunjungan Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.- UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD. RAHMAN
Monday, August 10, 2009
lambat nya bantuan kerajaan negeri
KEMARAU... Mohd Fitri,13 dan adikya Mohd Adlin,11 memikul bekas gelen air untuk mendapatkan bantuan bekalan air dari JKR di Asa Jaya, Samarahan, Sarawak. Samarahan merupakan antara kawasan yang terjejas teruk apabila hampir sebulan terputus bekalan air akibat musim kemarau yang melanda negeri Sarawak. -UTUSAN/AMIR HAFIZ ABD RAHMAN
Come on la, MP Samarahan adalah anak Ketua Menteri, YB Sulaiman Taib, merangkap Timbalan menteri perseketuan. Kawasan ni bukan jauh sangat pun dari kuching, about 1 and half hour je..Sehari xda air pun dah cukup terseksa, apa lagi kehidupan di luar bandar yang langsung orang tak ambil tahu pun.
Tuesday, July 28, 2009
Monday, July 27, 2009
Sempurna sudah perasmian Dewan "Council Negri" Sarawak
Ini keratan daripada Berita Harian.Rugi nya rasa tak ada di Majlis ini. Apa pun ia satu penghargaan buat Negeri Sarawak.
Saturday, July 25, 2009
Sarawak Regatta 2 kali tahun ini
pengayuh sedang berlatih di hadapan kompleks DUN baru yang bernilai RM300 juta sempena perasmiannya dan Sidang Majlis Raja-Raja minggu depan (27 julai) . Selepas majlis tersebut, berlangsunglah acara tradisi lumba perahu pada 31 julai hingga 2 ogos 2009. Acara tersebut berlangsung di Sungai Sarawak.
Wednesday, July 1, 2009
Tuesday, June 23, 2009
Sunday, June 21, 2009
ke luar bandar
budak2 ini berjalan kaki sejauh 2km dari sekolah tadi di tengah kepanasan suhu melampau ditambah lagi kenderaan yang lalu lalang dengan laju melebihi 120km/hr..mereka terdedah kepada kemalangan maut!
Wednesday, April 29, 2009
Isteri KM Sarawak meninggal dunia
KUCHING 29 April – Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.
Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.
Allahyarham berusia 68 tahun. – BERNAMA.
Tuesday, April 7, 2009
BN menang di Batang Air
Sunday, April 5, 2009
Monday, March 30, 2009
Batang Ai
aku penah pegi batang ai, 8-9 tahun dulu, aku masa tu kecik lagi.
Apa yang aku nampak ada kat situ:
Pasar tamu
empangan hidroelektrik
tasik empangan, memang cantik, jernih j air nya.
hotel 5 bintang, HILTON..percaya lah, memang ada. Sumpah!
kampung Iban, banyak rumah panjang
kampung melayu + kampung iban islam
Babi hutan
hutan rimba
kebun2 petani
bendang padi huma
Orang mabuk(perkara biasa)
itu ja yang aku ingat. waktu dulu memang bosan pegi situ, sebab aku ikut bapak aku pegi outstation. Apa pun, view dekat empangan memang cantik, natural ja,teda palsu2 belaka.
Sunday, March 29, 2009
Johnny batal hasrat bertanding, sokong PKR
Pertandingan satu lawan satu di Batang Air
Tuesday, March 24, 2009
Batang Ai: Bekas MP Lubok Antu calon PKR
PETALING JAYA: Parti Keadilan Rakyat (PKR) memilih bekas Ahli Parlimen Lubok Antu selama lima penggal, Jawah Gerang sebagai calonnya untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri kawasan Batang Ai.
Ia diumumkan sebentar tadi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 29 Mac sebagai hari penamaan calon sementara hari mengundi ialah 7 April.
Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Menteri Muda Sukan Sarawak Datuk Dublin Unting Ingkot akibat koma pada 24 Februari lalu.
Saturday, March 21, 2009
Rebat tebus kenaikan minyak
| |
| PEMILIK enjin sangkut menunjukkan reaksi menyokong penuh pengumuman Alfred Jabu Numpang tentang pemberian rebat tunai di Dewan Sukan Lubok Antu, Sarawak, baru-baru ini. |
LUBOK ANTU 20 Mac - Ketika pemilik kenderaan persendirian menerima rebat tunai sebanyak RM625 dan motosikal persendirian sebanyak RM150 tahun lalu, pemilik bot enjin sangkut di negeri ini hanya mampu memendam rasa.
Manakan tidak, ketika kenaikan harga petrol RM0.78 seliter kepada RM2.70 seliter dan diesel RM1 kepada RM2.58 Jun tahun lalu, kehidupan mereka terjejas dengan teruk terutamanya yang tinggal di kawasan luar bandar.
Ketika pemilik kereta persendirian dan motosikal menerima rebat tunai, pemilik enjin sangkut ketika itu menyifatkan tindakan itu seolah-olah tidak adil kepada mereka yang menggunakan bot sebagai pengangkutan utama.
Bila Abdullah sendiri cakap pasal limbang

CYBERJAYA 20 Mac – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi percaya kedudukan Limbang yang menjadi pertikaian antara Malaysia dan Brunei akan selesai apabila kerja-kerja penandaan sempadan kedua-dua negara secara kekal dan tepat dilaksanakan.
Serentak itu, Perdana Menteri meminta semua pihak tidak membuat andaian mengenai status wilayah itu setelah Kuala Lumpur dan Bandar Seri Bengawan menandatangani Surat Pertukaran bagi menyelesaikan isu sempadan dan tuntutan bertindih Isnin lalu.
‘‘Apa yang diputuskan ialah kita telah menandatangani perjanjian itu yang memberi kesempatan untuk membuat tanda-tanda sempadan yang tepat antara Malaysia dan Brunei.
‘‘Apabila kerja-kerja menanda sempadan secara kekal yang telah dipersetujui, (maka) selepas itu tidak ada masalah (lagi) yang timbul berkaitan mana-mana tempat antara Malaysia dan Brunei yang menjadi pertikaian atau tidak dapat diselesaikan,” katanya.
Beliau ditemui pemberita selepas melancarkan Institut Kerjasama Pelbagai Hala Membanteras Keganasan Siber (IMPACT) di sini hari ini.
Abdullah diminta menjelaskan kedudukan Limbang yang menurut Menteri Hal Ehwal Luar Negeri dan Perdagangan Kedua Brunei, Datuk Seri Setia Lim Jock Seng semalam bahawa isu tuntutan ke atas wilayah itu tidak dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Abdullah baru-baru ini.
Thursday, March 19, 2009
Apa yang kerajaan Persekutuan perlu ambik tahu pasal Limbang


Sebagai penduduk yang pernah menetap di Limbang, ternyata Limbang jauh ketinggalan dari segi pembangunan. Kawasan ini majoritinya penduduk bumiputera sarawak yang beragama Kristian. Populasi lebih kurrang sama dengan Batu pahat di semenanjung malaysia.
Isu Limbang dianggap selesai apabila perjanjian dimuktamadkan: Rais
Katanya, bagi menyelesaikan isu itu, pengukuran semula sempadan dan perbincangan susulan bagi semua tuntutan sempadan akan dijalankan.
"Sememangnya perkataan Limbang itu tidak ada di dalam perbincangan persempadanan tetapi pandangan umum apabila kelima-lima perjanjian ukur ini dimeterai dan dilaksanakan maka soal semua persempadanan akan selesai dan ayat bahawa dengan pelaksanaan kelima-lima perjanjian ini, maka selesai semua isu yang berkaitan dengan sempadan.
mana satu yang betul ni? takkan nak aku g tanya sultan brunei sendiri? Malu lah malaysia camni...
limbang; akhbar malaysia pembohong?

Tuntutan Ke Atas Limbang Tidak Dibincang - Menteri Brunei
MIRI, 19 Mac (Bernama) -- Menteri Luar dan Perdagangan kedua Brunei, Datuk Seri Lim Jock Seng menafikan bahawa isu tuntutan ke atas Limbang telah dibincangkan semasa mesyuarat antara Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dengan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Isnin lepas.
Berucap pada sidang Dewan Perundangan Brunei pada Selasa, beliau berkata perbincangan yang membawa kepada penandatanganan Surat Pertukaran (LoE) di Bandar Seri Begawan itu adalah mengenai penandaaan sempadan daratan secara keseluruhannya.
"Laporan akhbar tertentu semalam (Isnin) mendakwa Brunei telah menggugurkan tuntutan ke atas Limbang. Sebenarnya, tuntutan ke atas Limbang tidak pernah dibincangkan," kata beliau dalam laporan dalam sebuah harian tempatan Brunei, Borneo Bulletin semalam.
Beliau menegaskan satu kenyataan akhbar bersama telah dikeluarkan selepas mesyuarat itu yang menyebut mengenai penandaan sempadan daratan antara kedua-dua negara akan diselesaikan berdasarkan perjanjian sejarah yang wujud antara Kerajaan Brunei dengan Negeri Sarawak, dan, sebagaimana sewajarnya, berdasarkan prinsip watershed.
"Selepas itu satu kumpulan kerja terdiri daripada jurukur am kedua-dua negara akan melaksanakan aspek-aspek teknikal bagi menyelesaikan isu sempadan tanah," ujar Lim.
Abdullah pada sidang akhbar dengan wartawan Malaysia selepas upacara menandatangani LoE pada Isnin berkata Brunei telah secara rasmi menggugurkan tuntutannya ke atas Limbang, bahagian yang terletak paling utara di Sarawak.
Beliau berkata perkara itu merupakan sebahagian daripada kandungan Surat Pertukaran bersejarah yang ditandatangani antara beliau dengan Sultan Hassanal Bolkiah, di Istana Nurul Iman di Bandar Seri Begawan.
"Ada dinyatakan dalam LoE bahawa Brunei telah menggugurkan isu itu dan ini bererti bahawa Limbang adalah sebahagian daripada Malaysia," katanya sebelum berlepas pulang ke Kuala Lumpur.
Limbang, terletak di tebing Sungai Limbang di bahagian tengah Brunei dan meliputi kawasan seluas 3,978 km persegi dengan penduduk seramai lebih 40,000, digabungkan oleh James Brooke, Rajah pertama Sarawak, pada 1890 untuk menjadi bahagian kelima Sarawak.
-- BERNAMA






