Showing posts with label sukan. Show all posts
Showing posts with label sukan. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Piala Dunia: Universiti di Bangladesh ditutup pelajar merusuh

Jun 20, 10 4:40pm

Sebuah universiti terkemuka Bangladesh tertutup Ahad lalu selepas lima orang cedera dalam rusuhan mahasiswa yang menuntut masa bagi menonton bola sepak Piala Dunia, kata polis.

Pelajar yang membawa kayu mengamuk di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi di ibukota Dhaka pada hari Sabtu, menuntut tempoh penggal pengajian dipendekkan bagi membolehkan mereka menonton perlawanan Piala Dunia, kata ketua polisi tempatan, Rezaul Karim.

"Para siswa baru mahu kampus ditutup supaya mereka dapat menyaksikan Piala Dunia Tetapi beberapa mahasiswa senior yang menghadapi peperiksaan, tidak mahu - maka berlaku beberapa pergaduhan," katanya.

"Pihak universiti mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan untuk menutup segera (kampus)," katanya, sambil menambah ia ditutup seminggu lebih awal daripada tempoh akhir penggal pada 26 Jun.

Selama Piala Dunia 2006, puluhan mahasiswa cedera dalam pergaduhan di universiti yang sama.

"Kami telah menutup universiti untuk mengelakkan sebarang masalah, kami berharap untuk membuka semula selepas selesai Piala Dunia," Jibon kata ketua halehwal pelajar, Jibom Podder kepada AFP.

Bangladesh memiliki budaya kekerasan politik mahasiswa, khususnya di kampus-kampus universiti awam. Semua tiga parti politik utama di negara itu mempunyai sayap mahasiswa yang kuat, yang mereka biayai.

Penduduk negara itu yang biasanya merupakan peminat kriket, kini dilanda demam Piala Dunia, walaupun pasukan negara itu tidak layak menyertai.

Minggu lalu, peminat yang marah, bertindak merosakkan kenderaan dan menyerang pusat pengagihan tenaga apabila bekalan terputus dan mengganggu liputan satu perlawanan.

//dh agak dh bende cmni blaku,x final lagi..(edited by-anak buah yakuza)

Thursday, April 9, 2009

Pelajar buta sebelah mata angkara rusuhan bola sepak

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/mutakhirPix/buta.jpg

KOTA BHARU 9 April — Seorang pelajar buta sebelah mata setelah terkena serpihan objek daripada gas pemedih mata ketika rusuhan penyokong bola sepak Kelantan di luar Stadium Sultan Muhammed IV dekat sini malam Selasa lepas.

Ketika kejadian, Muhammad Huzaifah Mohd Noor, 18, dari Kampung Pasir Tok Kambing, Kedai Lalat di sini, sedang mengemas barangan jualan di gerai minuman milik sepupunya, Abdul Rahman Hussein.

Mata kanan Muhammad Huzaifah, pelajar jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara, Institut Latihan Perindustrian Pengkalan Chepa di sini, gagal dipulihkan walaupun menjalani pembedahan lebih empat jam di Hospital Raja Perempuan Zainab II sejurus selepas kejadian.

Sunday, March 22, 2009

Keputusan Liga Itali

Catania 1, Lazio 0

AS Roma 1, Juventus 4



Keputusan Liga Perdana Inggeris

Blackburn 1 - West Ham 1

Fulham 2 - Manchester United 0

Newcastle 1 - Arsenal 3

Portsmouth 2 - Everton 1

Stoke 1 - Middlesbrough 0

Tottenham 1 - Chelsea 0

West Brom 1 - Bolton 1



Keputusan Liga Sepanyol

Villarreal 2 (Cazorla 68, Fernandez 90) - Athletic Bilbao 0

Sevilla 4 (Kanoute 7, 43, 70, Fabiano 56)- Valladolid 1 (Goitom 21)


Keputusan Liga Perancis

Le Havre 0 - Bordeaux 3

Lille 2 - Grenoble 1

Rennes 0 - Valenciennes 0

Nice 2 - Caen 2

Auxerre 2 - Le Mans 0

Nancy 0 - Monaco 1

Marseille 2 - Nantes 0

Sunday, March 15, 2009

Chong Wei juarai Terbuka Switzerland

KUALA LUMPUR 15 Mac - Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei menjuarai Terbuka Switzerland apabila berjaya menewaskan musuh tradisinya, Lin Dan dari China pada perlawanan akhir Siri Super itu sebentar tadi.

Chong Wei menang dengan straight set 21-16, 21-18. - Utusan

Berita dari aku:

Malam semalam waktu malaysia pula, Liverpool menang 4-1 mengalahkan musuh bertamadun MU di Old Trafford (kubu gagah MU)..HahAHa

Thursday, March 12, 2009

Manchester, Arsenal layak ke suku akhir Liga Juara-Juara

MANCHESTER 12 Mac - Manchester United menempah tiket ke suku akhir Liga Juara-Juara Eropah dengan menewaskan Inter Milan 2-0, di Old Trafford, pagi tadi.

Gol United diperoleh menerusi Nemanja Vidic pada minit ke-4 dan Cristiano Ronaldo pada minit ke-49.

Manakala Arsenal terpaksa menunggu sehingga penentuan sepakan penalti apabila terikat 1-1 dengan As Roma, walaupun permainan berlanjutan ke masa tambahan kedua-dua pasukan masih gagal untuk memperolehi kelebihan gol.

Arsenal memperoleh kemenangan dengan keputusan 7-6 selepas sepakan penalti pemain As Roma Tonetto, jauh tersasar. - Reuters

Keputusan

Manchester United 2 - 0 Inter Milan (MU layak dengan agregat 2-0)

Barcelona 5 - 2 Lyon (Barcelona layak dengan agregat 6-3)

Arsenal 1 - 1 As Roma (Arsenal menang penentuan sepakan penalti 7-6)

Porto FC 0 - 0 Atletico Madrid (Porto layak dengan agregat 2-2)

Wednesday, March 11, 2009

Liverpool, Chelsea layak ke suku akhir Liga Juara-Juara

LONDON 11 Mac - Real Madrid tewas ditangan Liverpool 4-0, The Reds layak ke suku akhir dengan agregat 5-0.

Chelsea seri 2-2 dengan Juventus namun sudah cukup buat pasukan The Blues untuk melangkah ke saingan suku akhir Liga Juara-Juara Eropah berbekalkan keputusan agregat 3-2.

Keputusan

Liverpool 4 - Real Madrid 0 (Liverpool layak agregat 5-0)

Chelsea 2 - Juventus 2 (Chelsea layak agregat 3-2)

Villarreal CF 2 - Panathinaikos FC 1 (Villareal layak agregat 3-2)

Bayern Munich 7 - Sporting Lisbon 1 (Bayern Munich layak agregat 12-1)

PM Poland utamakan main bola

WARSAW 10 Mac - Perdana Menteri Poland, Donald Tusk meminta maaf selepas sebuah stesen televisyen tempatan merakam video menunjukkan beliau bermain bola sepak ketika beliau sepatutnya hadir bagi satu pengundian di Parlimen.

Stesen televisyen swasta TVN dalam video itu merakamkan Tusk sedang bermain bola sepak bersama rakan-rakannya pada Khamis malam, sedangkan Perdana Menteri itu sepatutnya menghadiri pengundian di Parlimen berhubung pelan pencen.

Tusk hari ini berkata, beliau tidak mempunyai perkataan yang sesuai bagi menggambarkan tindakannya yang tidak menghadiri pengundian itu.

Beliau meminta maaf dengan mengatakan perkara sedemikian tidak akan berlaku lagi.

Perdana Menteri itu merupakan peminat bola sepak dan sering menghabiskan masa bermain sukan itu bersama rakan-rakannya dari Parti Civic Platform dan dari tempat asalnya, Gdansk.

Dalam pada itu, pesaing politik Tusk yang juga Presiden Poland, Lech Kaczynski dalam nada sinis bertanya: ''Apa keputusan perlawanan itu? Adakah beliau menyumbat gol atau tidak?'' - AP

Monday, March 9, 2009

Kontrak Beckham di Milan dilanjutkan

MILAN: Bintang bola sepak England, David Beckham kekal di AC Milan apabila kontrak pinjamannya dilanjutkan sehingga penghujung musim ini sebelum kembali bersama Los Angeles Galaxy.

"Saya amat berterima kasih dengan LA Galaxy serta AC Milan yang menjadikan impian saya menjadi kenyataan (bermain di Milan), " kata pemain tengah itu kepada Reuters dalam satu emel, semalam.

"Dengan keputusan yang baik pada 2009 ini, saya akan membantu Milan meraih Piala Juara-Juara Eropah manakala untuk LA Galaxy pula menang Piala MLS," katanya


Galaxy dalam kenyataannya menyebut persetujuan itu dimeterai hasil 'persetujuan bersama' antara Milan dan Beckham.

Beckham, 33, menyertai Milan untuk tempoh pinjaman dua bulan saja sejak Januari dan dia sepatutnya perlu kembali ke Galaxy, hari ini. - Reuters

Everton layak ke separuh akhir Piala FA

LONDON: Everton melangkah ke peringkat separuh akhir Piala FA sejak muncul juara pada 1995 apabila menewaskan Middlesbrough 2-1 pada perlawanan awal pagi tadi.

Terdahulu, Arsenal mengesahkan tempat ke sukur akhir dengan mengalahkan Burnley 3-0 dan akan bertemu Hull City pada satu lagi saingan separuh akhir pada 17 atau 18 Mac ini.

Pemenang antara Arsenal-Hull akan bertemu sama ada Chelsea, Manchester United dan Everton.

Chelsea menang 2-0 ke atas Coventry City semalam manakala Manchester United membenam Fulham 4-0 di Craven Cottage.

Apa yang menarik, Everton yang ketinggalan di depan penyokong sendiri di Goodison Park, bangkit semula dengan dua gol pada separuh masa kedua.

Gol Middlesbrough diperoleh menerusi tandukan David Wheater beberapa minit sebelum separuh masa pertama tamat.

Gol Everton pula diperoleh menerusi tandukan Marouanne Fellaini pada minit ke-50.

Tujuh minit kemudian, bekas penyerang Manchester, Louis Saha yang dimasukkan pada separuh masa kedua, menjaringkan gol hasil sepakan sudut Steven Pienaar. - Reuters

Sunday, March 8, 2009

Linn Dan Juara All England

Linn Dan menjuarai All England apabila berjaya mengalahkan pemain no 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei.

Tuesday, March 3, 2009

Scotland dan Wales batal hasrat anjur Euro 2016

LONDON 2 Mac - Scotland dan Wales telah membatalkan hasrat untuk menjadi tuan rumah bersama Kejohanan Eropah 2016 akibat peningkatan kos kewangan untuk penganjurannya, kata persatuan bolasepak kedua-dua negara itu hari ini.

Euro 2012 yang dianjurkan bersama oleh Ukraine dan Poland merupakan kejohanan terakhir yang melibatkan 16 pasukan apabila tahun lalu UEFA telah memutuskan untuk menambah jumlah penyertaan kepada 24 pasukan. - Reuters.


Bagi kat malaysia, malaysia ada banyak 'DUIT RAKYAT' kalau nak anjurkan benda2 macam ni, tapi program kemasyarakatan tu susah nak keluar duit rakyat!

Sunday, March 1, 2009

Liga Juara-Juara milik siapa?



Selangor rentap rekod Kelantan

SHAH ALAM - Selangor merentap rekod gah Kelantan yang kebal dalam enam perlawanan apabila menundukkan pasukan Pantai Timur itu 3-0 pada perlawanan Liga Super yang dicemari insiden membaling objek oleh kedua-dua penyokong pasukan di Stadium Shah Alam, semalam.

Jaringan seawal minit keempat R. Surendran dan gol hasil sepakan bebas D. Surendran pada minit ke-69 menjulang skuad K. Devan.

D. Surendran sekali lagi menambah derita Kelantan dengan gol ketiga dan penutup pada minit ke-90.

Ia merupakan kekalahan 'atas padang' pertama skuad bimbingan Peter Butler yang sebelum ini kehilangan tiga mata apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan kemenangan percuma kepada KL PLUS.

Akibat aksi tegang, dua kad merah dilayangkan, pertama kepada pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom pada minit ke-40 diikuti penjaga gol Kelantan, Halim Napi minit ke-70.

Kekecohan tidak sahaja dalam padang tetapi juga di tempat duduk penonton apabila penyokong kedua-dua pasukan saling membaling objek termasuk botol air mineral dan kerusi tempat penonton yang dicabut.

Kejadian yang hampir mencetuskan kekecohan itu tercetus sejurus gol kedua Selangor, bagaimanapun keadaan berjaya ditenteramkan daripada menjadi lebih buruk oleh sepasukan anggota polis dan pengawal stadium.

Insiden itu merupakan kemuncak kepada insiden membaling botol air dan mercun di sepanjang perlawanan yang disaksikan hampir 40,000 penyokong kedua-dua pasukan.

Malah, tempat duduk petugas media juga menjadi sasaran.

Keadaan tersebut menyebabkan para petugas media terpaksa mencari perlindungan.

Keadaan yang semakin tidak terkawal menyebabkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyaksikan perlawanan meminta penyokong supaya bertenang.

Saturday, February 28, 2009

Liverpool kembali ke alam nyata


LONDON - Selepas mencatat kemenangan bermakna ke atas Real Madrid, kelmarin Liverpool kembali ke alam nyata dengan fokus segera dialih kepada pertemuan Liga Perdana England menentang Middlesbrough, hari ini.

Kemenangan 1-0 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol, Real di Santiago Bernabeu memberi motivasi tambahan buat anak-anak buah Rafael Benitez untuk mengharungi aksi domestik dengan lebih berkeyakinan.

Selepas mempamerkan disiplin tinggi ketika kunjungan ke Madrid, skuad Reds kini bersedia mengulangi persembahan yang serupa untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United yang memegang kelebihan tujuh mata.

Pada ketika United tidak beraksi dalam saingan liga minggu ini kerana terlibat dengan final Piala Liga menentang Tottenham esok, Liverpool berpeluang merapatkan jurang mata kepada empat.

Begitupun sejarah mereka dalam setiap kunjungan ke Stadium Riverside agak meresahkan kerana tidak pernah menang di gelanggang tersebut sepanjang dibimbing oleh Benitez.

Daripada empat kunjungan terakhir ke Boro, Liverpool kalah sekali dan seri tiga kali.

Malah, mereka juga harus memberi perhatian kepada rekod kurang memberangsangkan dalam saingan terakhir liga apabila seri empat daripada enam perlawanan.

Liverpool yang seri enam daripada 13 perlawanan di tempat sendiri, musim ini perlu mengelak daripada kehilangan mata kerana ia hanya akan membuka ruang kepada Chelsea dan Aston Villa untuk memintas.

Benitez mungkin menghadapi sedikit kesukaran menurunkan pasukan terkuat pada ketika bintang penyerang, Fernando Torres masih dibelenggu kecederaan kaki dan kapten, Steven Gerrard pula belum cergas sepenuhnya.

Boro, yang menduduki tangga kedua tercorot gagal mencatat kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir liga sejak kemenangan terakhir, 2-1 ke atas Villa pada Disember lalu. - AFP

Milan tersingkir daripada Piala UEFA


PARIS - Juara Eropah tujuh kali, AC Milan menerima tamparan hebat apabila tersingkir daripada Piala UEFA selepas seri 2-2 dengan Werder Bremen di San Siro, semalam.

Turut terkeluar awal daripada kejohanan kelas kedua Eropah itu adalah kelab Liga Perdana England, Aston Villa yang tumbang 0-2 di CSKA Moscow, sekali gus tersingkir menerusi agregat 3-1.

Selepas terikat 1-1 di Villa, kelab England itu membuat kesilapan besar apabila membariskan pasukan kedua di Moscow.


Bagaimanapun, cabaran England dalam Piala UEFA diteruskan oleh Manchester City yang menyingkirkan FC Copenhagen dari Denmark menerusi agregat 4-3 selepas menang 2-1 di Manchester, semalam.

Penyandang juara, Zenit St. Petersburg juga berjaya mengelak daripada mengalami kejutan apabila menumpaskan kelab Jerman, Stuttgart 2-1 di tempat lawan, dan mara dengan agregat 4-2.

Di Milan, dua jaringan penyerang Peru, Claudio Pizarro pada babak kedua membawa Werder ke peringkat 16 terbaik menerusi peraturan gol tempat lawan selepas kedua-dua pasukan terikat dengan agregat 3-3 setelah perlawanan pertama minggu lalu berkesudahan 1-1.

Semalam, Milan memulakan permainan dengan menyakinkan apabila membuka jaringan menerusi sepakan penalti Andrea Pirlo pada minit ke-27 selepas Torsten Frings mengadang tendangan bebas David Beckham (gambar) menggunakan lengan.

Malah, tuan rumah semakin yakin apabila mengukuhkan kedudukan menerusi penyerang Brazil, Alexandre Pato pada minit ke-33 untuk meletakkan mereka mendahului 3-1 menerusi agregat.

Ketinggalan 0-2 pada babak pertama tidak mematahkan semangat Werder untuk bangkit, dan kelab Jerman itu meningkatkan serangan sejurus separuh masa kedua bermula.

Kerja keras Werder berhasil apabila Pizarro merapatkan jurang 2-1 pada minit ke-68 selepas menanduk sepakan percuma Diego, dia kemudian menambah gol kedua, juga menerusi tandukan di minit ke-78.

Kemenangan itu bakal menemukan Werder dengan kelab Perancis, Saint-Etienne, yang mara selepas menyingkirkan wakil Greece, Olympiakos menerusi agregat 5-2.

Di Moscow, tuan rumah menggunakan kesempatan penuh atas tindakan jurulatih Villa, Martin O'Neill merehatkan tonggak utama.

Menanti mereka pada pusingan seterusnya adalah Shakhtar Donetsk dari Ukraine, yang mengecewakan satu lagi kelab England, Tottenham menerusi agregat 3-1 selepas pertemuan di London semalam berakhir 1-1.

Sementara itu, di Manchester, Craig Bellamy muncul wira City apabila menjaringkan dua gol untuk membawa pasukan itu bertemu Aalborg dari Denmark, yang mara menerusi agregat besar 6-1 ke atas wakil Sepanyol, Deportivo La Coruna. - Reuters