Showing posts with label haram. Show all posts
Showing posts with label haram. Show all posts

Saturday, April 4, 2009

Adakah telur ini ada di rumah anda?






Gambar diambil dari syarikat pengedar telur ayam, telur masin dan telur puyuh di Kg Melayu Subang.Depa ni pemborong telur dimana telur-telur tersebut dibeli dari 'farm' dan dijual semula kepada pelanggan-pelanggan 'perniagaan' iaitu restoran-restoran dan kedai-kedai runcit.

Sebab tu lah bila beli telur kita kena basuh..tapi kalau dah jadi kes macam ni kena samak jawabnya...

Thursday, March 19, 2009

Ulat Mulong Sarawak - Majalah 3


" Takut nak main-main isu halal-haram ni. Saya pernah terdengar makan ulat buah tak haram. confused nih.

Dapat dari email

Saja nak kongsi dgn sahabat2 ya...Sebagaimana ditontonkan di Majalah 3 minggu lepas perihal ulat mulong. Berikut antara intipati pengajian dpd Kitab "Sabilal Muhtadin" .

Saya (Ikhram Husin) pernah belajar dan menetap di bumi Sarawak. Berikut sedikit perkongsian. Mohon sebaran

Ulat Mulong

Rupa-rupanya masih wujud kekeliruan dalam masyarakat kita berhubung hukum makan si-at atau ulat mulong atau ulat batang sagu ini.

Dalam mazhab Syafi`i yang diamalkan kita zaman berzaman di rantau sebelah sini, segala macam ulat dihukumkan haram memakannya.

Yang diistisna` (dikecualikan) hanyalah ulat yang terwujud dalam cuka atau buah-buahan yang sukar hendak dibezakan apa lagi untuk dibuang, yang dimakan bersama-sama cuka atau buah-buahan tersebut (yakni lebih tepat diistilahkan sebagai "termakan bersama-sama iaitu yang dimakan adalah buah sedangkan ulatnya ikut termakan sekali".

Jadi menjadi satu syarat yang ianya dimakan bersama - sama buah tersebut kerana sukar hendak dibezakan dan dibuang. Jika ulat-ulat tersebut boleh dipisahkan dari buah-buahan, maka tetaplah hukumnya haram dimakan. Perkara ini dibincangkan dalam kitab-kitab fiqh mu'tabar dalam mazhab seperti "Minhajuth Tholibin" halaman 130 dan 132 serta syarahnya pada "Tuhfatul Muhtaj" juzuk 9 halaman 369 dan 445.

Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, ulama besar pengarang kitab "Sabilal Muhtadin" dengan jelas pada juzuk 1 halaman 38 menyatakan sebagai berikut:-

... Bahawasanya telah dinashkan oleh ulama atas bahawasanya tiap-tiap ulat, dan jika ada ia suci pada ketika hidupnya sekalipun, HARAM memakan dia.

Ulama-ulama Sarawak termasuklah almarhum Shohibus Samahah Datuk Haji `Abdul Qadir Hasan, turut tidak ketinggalan mengeluarkan fatwa mengenai haramnya memakan ulat mulong ini.

Malangnya ada sebilangan kecil masyarakat Islam yang masih tidak mendengar beduk mengenai haramnya makan ulat mulong menurut mazhab Syafi`i. Kepada penggemar ulat mulong, maka ketahuilah bahawa makan ulat mulong itu adalah haram hukumnya sebagaimana haramnya makan ular dan katak dan beruk dan kera menurut mazhab Syafi`i. Jadi eloklah berhenti dan jika dikatakan rasanya seperti rasa udang, maka eloklah beli udang dan makanlah udang.

Al-Haqir ila ALLAH Al-Ghaniy : Ikhram Husin

Wallahualam.

http://isuhangat.blogspot.com

Wednesday, March 11, 2009

Apa nak jadi...


Apa nak jadi kat malaysia ni..aku rasa kat tempat lain pun sama jugak.


Bukan niat aku nak memburukkan Mohammad Saiful Bakeri aka saiful ku jua mencintaimu tu, tapi ni lah contoh paling senang sekali.


Hati-hatilah kaum lelaki! jangan lagi jatuh cinta pandang pertama. tengok betul2 awek tu, cek dulu perempuan tulen ke atau bapok cun. Dah bahaya sangat sebab kaum bapok ni dah makin cantik dari perempuan!


Sedangkan kat dalam UTM pun ada banyak lagi puak bapok ni, hingga dah buat kontroversi. Untuk warga UTM sahaja, anda boleh tanya sape2 pasal video 'pink night' pasal aktiviti bapok ni dalam bulan ramadhan.


Walaupun banyak dah iklan kat tv dan radio pasal laki gagah, kopi jantan, henjutan maut dan sbgnya, tapi tak berkesan jugak menyelesaikan isu ni.


Apa pun tunjukanlah diaorang ni ke pangkal jalan. Kesian ngan mak bapak diaorang yang harapkan diaorang ni dipandang mulia di sisi masyarakat.


Jadi, apa hukum kita tengok buah dada/kopek/nenen bapok ni? Nak kata aurat tak jugak. Tapi...Hahaha

Tuesday, February 24, 2009

Kasut kulit babi


Jangan biarkan orang yang kita sayangi menggunakannya. Pesanan ini dibawakan khas oleh malhebat88