Showing posts with label perak. Show all posts
Showing posts with label perak. Show all posts

Thursday, May 7, 2009

sidang DUN perak

nak tahu sangat ikut link ini dalam BM

In english..this link



perak state assembly police blockade and arrest of opposition mps and ngo reps 070509 13

Ada apa isnin dengan perak?

12.27 tengah hari: Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menetapkan Isnin ini (11 Mei) bagi membuat keputusan siapakah Menteri Besar Perak yang sah.

Perak oh Perak

maaf kerna aku x buat liputan pasal perkembagan sidang DUN perak..situsi macam berat sebelah je..main kotor pun ade..keji habis..kepada siapa2 yang memulakan konflik sebegini baik dia mengalah sebelum dia dibelasah rakyat..





perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 02

perak state assembly chaos in the assmbly between speakers and state reps 070509 04

Tuesday, April 28, 2009

Zambry vs Nizar : Mahkamah Persekutuan Tolak Permohonan Zambry Isytihar MB yang Sah



Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan Zambry supaya diisytiharkan sebagai MB yang sah. Keputusan itu dibuat oleh kelima-lima hakim. Dalam penghakiman tersebut, mereka sebulat suara berpendapat kes itu perlu dirujuk dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi bukan Mahkamah Federal.

Nampaknya jalan pintas yang cuba diguna oleh Zambry melalui peguam-peguamnya telah dipintas juga oleh para hakim yang arif lagi bijaksana. Zambry gagal menggunakan Mahkamah Persekutuan untuk mengisytiharkannya sebagai MB yang sah. Dia berbuat demikian sebab tertekan dengan gelombang rakyat yang tidak mengiktiraf sebagai MB yang sah di Perak. Kemana sahaja dia pergi rakyat mencemuhnya dan mengelar MB haram.

Dalam kes yang difailkan oleh Zambry pada beberapa hari yang lepas, beliau menuntut Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir:

1) Samada Sultan Azlan Shah mempunyai kuasa menolak permohonan Nizar untuk membubarkan DUN apabila beliau hilang kepercayaan DUN.

2) Apabila Sultan tidak mempersetujui permintaan Nizar, adalah dianggap Nizar dan EXCOnya telah meletak jawatan.

3) Apabila Nizar tidak mahu meletak jawatan, Sultan mempunyai hak untuk melantik Zambry berdasarkan Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak, selepas Sultan berpuas hati Zambry mendapat kepercayaan DUN.

Zambry mahu Mahkamah Persekutuan membuat pengiktirafan bahawa beliau merupakan Menteri Besar Perak yang sah dari tarikh perlantikannya iaitu 6 Februari 2009. Zambry membuat permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk mentafsir Artikel 16(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perak.

Dengan itu, kes permohonan Zambry bagi mengisytiharkannya sebagai MB yang sah akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi.

Wednesday, April 22, 2009

Kerajaan Perak lelong Toyota Camry



IPOH 21 April - Kerajaan Negeri Perak akan melelong 16 kereta Toyota Camry yang digunakan sebagai kenderaan rasmi kerajaan pakatan pembangkang sebelum ini.

Dalam kenyataan tender terbuka yang dikeluarkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak hari ini, lelongan itu akan dibuat dari 4 Mei hingga 18 Mei di tempat letak kereta Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini pada dari pukul 9.30 pagi hingga 4 petang.

Menurut kenyataan itu, kenderaan berkenaan boleh dibeli secara pukal atau seunit dengan harga rizab RM148,000 sebuah.

Kenderaan tersebut menggunakan nombor pendaftaran AGS10, AFD11, AFD22, AFD33, AFD55, AFD66, AFD77, AFD88, AFD99, AFD333, AFD999, AFF33, AFF88, AFF99, AGS828 dan AEU606.

Semuanya didaftarkan pada 9 Januari 2009.

Kenyataan itu turut menyebut, semua kenderaan itu baru digunakan antara satu hingga dua bulan, perbatuan rendah dan masih dalam jaminan tiga tahun oleh syarikat pengeluar.

Malah, kenderaan berkenaan juga mempunyai nombor pendaftaran orang kenamaan becermin gelap yang bernilai RM2,000 serta bebas daripada sebarang kemalangan.

Sementara itu, Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Dr. Abdul Rahman Hashim berkata, semua kenderaan itu akan dilelong termasuk kereta rasmi AGS 10 digunakan secara tidak sah oleh bekas Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Nizar jamaludin

Dokumen tender boleh didapati pada waktu pejabat mulai 4 Mei hingga 18 Mei ini di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Bahagian Pengurusan, Aras 3, Bangunan Perak Darul Ridzuan dengan harga RM20 senaskah.

Tawaran perlu dihantar sebelum pukul 12 tengah hari pada 18 Mei ini.


Tuesday, April 7, 2009

Pas pertahankan kerusi Bukit Gantang

http://media1.malaysiakini.com/177/8be61eb31bbde99f223fa3f4ab201469.gif


TAIPING 7 April - Keputusan rasmi pilihan raya kecil Bukit Gantang calon Pas mempertahankan kerusinya dengan majoriti 2789 undi.

Kiraan undi rasmi: BN 19,071 undi, Pas 21,860 undi manakala bebas 62 undi.

Pakatan miliki 2 bukit

Bukit Gantang OFFICIAL RESULTS

Mohd Jamaluddin Nizar (PAS) 21,860
Ismail Saffian (BN-Umno) 19,071
Kamarul Ramizu Idris (Ind) 62

Majority - 2,789 (In 2008, the majority was 1,566)

Pakatan takes 2 'bukits'

UNOFFICIAL PKR retains Bukit Selambau PKR's Manikumar wins the seat to retain the status quo in the state assembly.

With only one more polling box to be counted, Manikumar is leading with a 2,092-vote majority. He has been leading in this race from the time the first box was counted.

UNOFFICIAL PAS wins Bukit Gantang PAS 20,021, BN 17,076, Independent 56. Majority 2,945.

PAS Mohd Nizar Jamaluddin leaves the party’s operation centre in Air Kuning in an open hatch SUV, and waves to supporters as if he has just won the US presidential race.

Pas kini mendahului BN di Bukit Gantang

TAIPING 7 April – Pas kini mendahului Barisan Nasional (BN) di Bukit Gantang dengan memperoleh 15,770 undi berbanding BN, 13,079 undi dan bebas 42 undi

Sunday, April 5, 2009

Amat mudah berita TV3 menipu penoton

mamak mana ni?
kecoh pasal BN buat keja bodoh!

cari la idea lain..Nizar bukan calon BN ..!!

Siaannn!!!!poster abis ke ??

Ni mamat mana lak ? penamaan calon org lain..dia ni sape plak ???

Ishh..!!Ishhh!!

Kat TV3 kata berebut pasang poster kat kubu kuat pembangkang..padahal dia orang tampal atas poster pembangkang..Ini lah kenyataan!

Sunday, March 29, 2009

Pertandingan tiga penjuru di Bukit Gantang

Pegawai Pengurus Pilihan Raya Kecil P059, Parlimen Bukit Gantang, Datuk Mahmood Morshidi mengumumkan dan mengesahkan tiga calon akan bertanding pada pilihan raya itu yang akan berlangsung 7 April ini.

Pertandingan tiga penjuru tersebut melibatkan parti Barisan Nasional (BN), Pas dan wakil Bebas.

BN diwakili oleh Ismail Saffian, 48; Pas, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin, 52 dan calon Bebas, Kamarul Ramizu Idris, 44.

Friday, March 27, 2009

"kill nizar" edisi kemaskini..siapa perak bangkit?

ni la orang yang tulisan dalam blok jijik
tulisan kotor..
muka macam orang alim! kahkahkahkah
patut orang panggil ustaz duit!

Kereta kebanggaan Perak Bangkit, Toyota Ipsum BHA 4998


Office Perak Bangkit (AFFIN Investment Bank, Jalan Meru, Klang) tempat Perak Bangkit cari makan dan godek blog.

Mohd.Nazmi bin Rosli a.k.a Perak Bangkit

Apa itu "kill nizar"???

tengok bawah ni..

Kalau Nizar tu kena bunuh, hangpa pakat cari dia kat sini. Penghasut tahap longkang ! (reshedule posted)


Kill Nizar!!!

NIZAR TELAH MELANGGAR SUMPAH SEBAGAI ADUN KERANA DALAM SUMPAHNYA BELIAU MENYATAKAN "DENGAN NAMA ALLAH, SESUNGGUHNYA SAYA NIZAR JAMALUDDIN BERSUMPAH AKAN TAAT SETIA KEPADA SULTAN"-NIZAR MELANGGARI PERKARA 47(1) UNDANG-UNDANG TUBUH KERAJAAN NEGERI PERAK. NIZAR ENGGAN LETAK JAWATAN WALAUPUN TELAH DITITAHKAN OLEH SULTAN PERAK.


'

NIZAR ITU LAKNAT
PENDERHAKA ITU NIZAR
NIZAR MEMANG PENGKHIANAT
CELAKA MEMANG NIZAR

bercakap pasal agama!
bercakap pasal etika!
bercakap pasal nabi!
bercakap pasal ketuhanan!

sah perak bangkit blogger kurang waras!
sah blogger ini separuh gila atau gila!
kenapa polis buat dek jer?
mapuh mu!

Tuesday, March 24, 2009

Nik Aziz restui Nizar bertanding

KOTA BAHARU: Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, berkata beliau merestui pemilihan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai calon parti itu bagi pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang di Perak pada 7 April ini.

"Saya sudah hubungi Nizar dan merestui pencalonan beliau untuk bertanding," katanya kepada pemberita selepas dikunjungi Pesuruhjaya Tinggi India ke Malaysia, Ashok K Kantha, di sini hari ini.

Menteri Besar Kelantan itu sebelum ini dilaporkan tidak bersetuju dengan cadangan agar Mohammad Nizar bertanding bagi kerusi itu berdasarkan pengalaman bekas Presiden Pas, Allahyarham Tan Sri Mohd Asri Muda, yang pernah memegang satu kerusi Dewan Undangan Negeri dan satu kerusi Parlimen serentak.

Mengenai tindakan Kementerian Dalam Negeri menggantung penerbitan dua akhbar parti pembangkang, Harakah dan Suara Keadilan, selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta, Nik Aziz mengajak rakyat supaya memulau semua akhbar arus perdana sebagai satu tindak balas.

"Kalau dia gantung akhbar pembangkang, kita pun gantunglah akhbar dia. Kerajaan kena ingat gantung akhbar pun kita ada Internet dan SMS yang boleh membantu kita," katanya. - Bernama

FRU dan polis 'overtime' malam tadi


Lebih 10 orang FRU dan pegawai keselamatan menganggu ceramah PAS.


BUKIT GANTANG : Semasa majlis pengumuman calon berjalan dengan lancar dan sampai kepada wakil dari PKR berucap iaitu Naib Presidennya YB. Azmin Ali pasukan keselamatan kelihatan berada ditangga belakang dan cuba menaiki pentas ceramah tetapi berjaya dihalang oleh petugas PAS.

Ceramah pengumuman calon sebenarnya telah mendapat permit dari pihak keselamatan dan kebenaran itu dibacakan oleh pengerusi majlis ceramah, Ust. Misbahul Munir semasa ceramah dimulai, malah beliau mengucapkan terima kasih dengan kerjasama dari pihak keselamatan.

sementara itu, terkini dari sungai petani!polis mengamuk!anwar hampir ditangkap tapi x dapat nak sambut!

KETUA STAFF ANWAR IBRAHIM DI TAHAN

Anwar Ibrahim yang ingin memberi ucapan di satu ceramah di Jalan Cinta Sayang Sungai Petani Kedah telah di gagalkan.

Pasokan Fru dan Meriam Kimia telah mengepong kawasan tersebut.

Ibrahim Yacob Ketua Pejabat Anwar Ibrahim telah diberitakan ditahan.

CERAMAH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI SERANG DENGAN WATERCANON DAN GAS GAS PEMEDIH MATA.TANGKAPAN TELAH DI BUAT.SENATOR ZAMBRY YUSOF TURUT DI TAHAN.DALAM PADA ITU BEBERAPA AMK NEGERI TURUT DI TAHAN.

SETIAUSAHA PERHUBUNGAN NEGERI KEDAH SAUDARA HAFIZ ALI TURUT DI TAHAN.

ABD RAHIM YAAKOB(PA ANWAR IBRAHIM)ISMADI(PA MB KEDAH)GUNA(PA CALON BKT SELAMBAU)AZHAR RAMLI(PA TAN CHU KANG) dan beberapa ahli AMK SG PETANI,MERBOK,SIK,KULIM BB dan ramai lagi. mereka ini turut di tahan!


DATO SERI ANWAR IBRAHIM MASIH DI DALAM BILIK GERAKKAN,TIDAK DAPAT TURUN KERANA TANGKAPAN MASIH DI LAKUKAN.

TERKINI - NIZAR CALON PAS P059 BUKIT GANTANG


InsyaAllah menang tetapi bukan sesuatu yang mudah

InsyaAllah menang tetapi bukan sesuatu yang mudah

Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaludin telah diumumkan sebagai calon PAS bagi PRK P059 Bukit Gantang oleh Presiden PAS Tuan Guru Dato Seri Hj Abdul Hadi Awang sebentar tadi.

SELAMAT BERJUANG.

Friday, March 20, 2009

sapa buat , berani la tanggung kat akhirat.

Oleh Dugong Darat

Tadi Ummi dan Sya pergi mengatur rakan2 muslimat ke rumah memasing bersedia untuk aktiviti petang.

Sambil mencari makan untuk aku, MSK, Ciberboron dan Topeng_Perak, deme terjumpa ader beberapa makhluk asing tengah sibuk menaburkan risalah macam kat bawah nih untuk tatapan penduduk di sekitar Bukit Gantang

Bagi aku deme nih niat nak kabo yang Pakatan Rakyat yang buat, namun demikian dikenal pasti berkemungkinan bahawa deme nih adalah orang-orang UMNO.

Risalah ini ditaburkan semasa orang sedang solat Jumaat.

Makai, sesiapa yang terjumpa risalah itu hendaklah segera musnah semuanya. Mereka berniat ingin memburukkan imej Pakatan Rakyat.

Laporan polis sedang dibuat oleh Sya dan Haji Ismail.

Laporan seterusnya boleh rujuk blog perisik rakyat yang sedang berada di lokasi balai.

sumber: Ummi Ani

dsc04234

dsc04235

Lagi gambar

11

21

33

51

62

7

Sunday, March 15, 2009

MBI roboh plak pokok demokrasi

IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

— BERNAMA

Friday, March 13, 2009

Plak peringatan sidang DUN Perak bawah pokok pecah


IPOH 13 Mac – Plak peringatan yang dibina bagi memperingati sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak di bawah pokok telah dipecahkan awal pagi ini.

Plak marmar itu didirikan di bawah pokok Ahad lalu. - Utusan


Dah ada tangan dajal dah!

Thursday, March 12, 2009

Publisiti Murahan dalam politik


hang pa baca la...
ni ajaran BN oerak kepada rakyat..
tetapi rakyat dah cerdik..
dah tahu penipuan BN..
hang pa akan terima akibat daripada rakyat!
hancur umno!

Mahkamah tolak permohonan Sivakumar

IPOH 11 Mac - Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohanan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V. Sivakumar untuk mewakili dirinya sendiri dalam kes saman oleh tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bebas.

Saman itu dikemukakan oleh ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd. Radzi; ADUN Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu; dan ADUN Jelapang, Hee Yit Foong yang memohon deklarasi bagi membatalkan keputusan Sivakumar.

Sivakumar sebelum ini mengumumkan bahawa tiga kerusi DUN yang diduduki Jamaluddin, Mohd. Osman dan Yit Foong telah dikosongkan selain mereka bukan lagi ADUN yang sah serta tidak layak menghadiri sidang DUN.

Pesuruhjaya Kehakiman, Ridwan Ibrahim ketika membuat keputusan itu di kamarnya berkata, Sivakumar tidak boleh mewakili dirinya dalam kes tersebut kerana jawatan Speaker adalah tertakluk di bawah Seksyen 243 Akta Prosiding Kerajaan.

Mengikut seksyen tersebut, katanya, hanya Penasihat Undang-Undang negeri boleh mewakili Sivakumar kerana Speaker DUN merupakan penjawat awam bagi kerajaan negeri.

Sehubungan itu, ujarnya, Sivakumar mesti menggunakan khidmat Penasihat Undang-Undang negeri dan berjumpa dengan pegawai itu untuk mendapatkan sebarang nasihat dalam kes berkenaan.

Mahkamah menetapkan 16 Mac ini untuk mendengar prosiding kes saman membabitkan tiga ADUN Bebas tersebut.

Ini adalah kali ketiga mahkamah membuat keputusan menolak permohonan Sivakumar untuk tidak diwakili Penasihat Undang-Undang Negeri.