Monday, March 2, 2009

UUM tunda tindakan disiplin tiga siswa


kemaskini 12.47pm Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan tindakan disiplin terhadap tiga mahasiswanya berhubung bantahan mereka terhadap kenaikan tambang bas di kampus itu.

Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dijadual memanggil ketiga-tiga mahasiswa itu 2.30 petang ini memaklumkan penangguhan tersebut kepada mereka dalam satu surat lewat petang semalam.

Surat itu tidak menyatakan alasan penangguhan tersebut dan tarikh baru perbicaraan ke atas Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek.

Ketiga-tiganya antara 10 pelajar yang terlibat dalam jawatankuasa khas memantau harga tambang bas di kampus di Sintok itu.

Jawatankuasa itu ditubuhkan bulan lalu selepas mahasiswa membuat bantahan melalui petisyen dalam talian berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 sen untuk satu destinasi kepada RM0.55.

Tujuh lagi mahasiswa yang menganggotai jawatankuasa itu setakat ini tidak dikenakan apa-apa tindakan.

Tengku Mohd Hasrul, yang pernah mengetuai jawatankuasa bantahan tersebut, menghadapi tuduhan berbeza iaitu mengkritik seorang timbalan naib canselor UUM melalui tulisan di blog peribadinya.

Dihubungi Malaysiakini hari ini, Penolong Pengarah Unit Disiplin dan Tugas Khas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) Shahidan Shafie mengesahkan penangguhan perbicaraan itu.

Beliau bagaimanapaun tidak dapat menjelaskan tempoh masa dan sebab penangguhannya kerana "hanya menerima arahan".

Penangguhan perbicaraan itu juga didakwa bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan mahasiswa dan NGO yang menentang tindakan ke atas ketiga-tiga mahasiswa terbabit.

"Saya hendak tertekan apa, bukan saya tumbuk dia (ketiga-tiga mahasiswa itu). Saya hanya menjalankan tugas. Saya hanya mengikut arahan," katanya.

Jumaat lalu, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malasia (Dema), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendesak UUM menggugurkan kes itu.

Kumpulan itu juga menyeru mahasiswa berkumpul di tempat perbicaraan di bangunan Canselori ketika perbicaraan berlangsung.

Mengulas perkara itu, Shahhidan berkata, UUM tidak menerima walau sepucuk pun surat bantahan dan rayuan berhubung perkara itu.

"SMS adalah (diterima), itu saya tidak nafikan," katanya.

Diminta mengulas pendakwaan kes tersebut, Shahidan berkata UUM mendapati "ada kes" untuk mendakwa ketiga-tiga mahasiswa berkenaan.

Bagaimanapun, kesalahan mereka hanya akan diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.

Beliau juga menambah, ketiga-tiga pelajar berkenaan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib UUM bukan kerana menghantar memorandum bantahan kepada UUM berhubung kenaikan tambang bas, tetapi kerana memberikan kenyataan kepada media tanpa kebenaran universiti.

Sementara itu, mengulas perkembangan terbaru itu, Tengku Mohd Hasrul ketika dihubungi berkata beliau menerimanya "seperti biasa".

"Saya tidak kisah, saya telah memutuskan akan memberikan kerjasama penuh," katanya.

Syura: Pemimpin PAS tidak sepakat saranan Nik Aziz

emimpin kanan PAS memberikan reaksi berbeza berhubung cadangan mengadakan kaedah rundingan untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti pada muktamar, Jun ini.

Naib Presiden PAS Mohamad Sabu berkata cadangan tersebut sewajarnya dibincangkan dalam mesyuarat PAS terlebih dahulu sebelum diluluskan.

"Perkara tersebut belum dibincangkan lagi," katanya kepada Malaysiakini.

Beliau diminta mengulas cadangan mursyidul am PAS mengadakan syura dalam muktamar kali ini bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya antara dua kumpulan besar, pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini berkata PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin.

Mohamad menambah, jawatankuasa pusat PAS akan bermesyuarat hujung minggu ini, antara agendanya persiapan menghadapi pilihanraya kecil parlimen Bukit Gantang dan kawasan DUN Bukit Selambau pada 7 April ini.

Katanya, seingatnya pemilihan pemimpin tertinggi parti pernah berlaku secara syura tetapi tidak pasti tarikhnya.

Bagaimanapun, tambah bekas tahanan ISA itu, pertandingan dalam pemilihan nanti "tidak memberi masalah besar kepada PAS" kerana ia merupakan amalan biasa.

Seorang lagi naib presiden PAS Ahmad Awang dan ketua Pemuda PAS Salahudin Ayub bersetuju dengan cadangan mursyidul am PAS itu.

"Saya mengalu-alukan cadangan tersebut dan kita akan memikirkan kemungkinan cadangan tersebut boleh dilaksanakan," kata Ahmad, yang juga pesuruhjaya PAS Perak.

Tambahnya, kaedah syura pernah dicadangkan pada pemilihan 2004 tetapi ia tidak menjadi kenyataan kerana calon-calon yang bertanding tidak bersedia.

"Maka pertandingan berjalan seperti biasa," katanya.

Ditanya mengapa Nik Aziz mencadangkan perkara tersebut kali ini, Ahmad berkata:

"Saya rasa mursyidul am menyedari pada pemilihan 2006, satu dua hari sebelum pemilihan, ada (pemimpin) yang rancak berkempen sehingga suasana (pemilihan) berakhir dengan ada pihak yang tidak berpuas hati.”

Walaupun bersetuju dengan saranan Nik Aziz, Salahudin bagaimanapun menyifatkan idea itu masih "terlalu awal" untuk dibincangkan.

"Amalan ini (syura) adalah cara kita, mengutamakan syura sebagai asas perbincangan dan membuat pemilihan parti," katanya.

"Tetapi jangan salah faham, perundingan adalah satu musyawarah dan pertandingan juga satu syura."

Ahli parlimen Kubang Kerian itu sebelum ini mengumumkan tidak akan mempertahankan jawatannya dalam pemilihan parti tersebut. Tidak pasti sama ada beliau berminat bertanding jawatan lebih tinggi.

-MALAYSIAKINI

Tiada lagi pemilihan langsung pemimpin PAS?

Bagi mengelakkan persaingan sengit khususnya selepas wujud dua kumpulan besar - pro-muzakarah dengan Umno dan pro-Pakatan Rakyat - mursyidul am PAS mencadangkan kaedah berunding untuk memilih barisan pemimpin tertinggi parti.

Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS bercadang menggunakan kaedah syura pada muktamar ke-55 yang dijadual Jun ini.

Langkah itu disarankan kerana PAS seboleh-bolehnya mahu mengurangkan sebarang perselisihan dalam parti itu, termasuk dalam soal pemilihan pemimpin, lapor Bernama.

Katanya, kaedah syura - iaitu perbincangan bagi mencapai persetujuan bersama - berkemungkinan besar digunakan dalam pemilihan muktamar kali ini.

"Seboleh-bolehnya kita tak mahu ada perselisihan, nak lari daripada
berselisih pun tak boleh kerana manusia ni tak sama, tapi kalau cara syura boleh (kurangkan perselisihan), tak apalah, asalkan syura tu tak bercanggah dengan asas bermesyuarat," Nik Aziz dipetik berkata.

Tambahnya, beliau berharap muktamar tahun ini dapat diadakan di
sebuah negeri tempat PAS baru bertapak.

Sejak kemenangan besar parti itu bersama PKR dan DAP pada pilihanraya umum, PAS berdepan dengan pergeseran dalaman yang besar susulan usaha mengadakan rundingan tertutup dengan Umno pertengahan tahun lepas.

Barisan pemimpin kanan PAS yang menentang rundingan sulit itu kemudian digelar "kumpulan Erdogan" - mereka yang percaya parti itu wajar mengutamakan kerjasama dalam gabungan pembangkang.

Perbezaan terbuka sesama mereka merebak secara lebih terbuka dalam perbahasan-perbahasan di muktamar PAS di Ipoh, waktu itu Perak turut dikuasai parti tersebut, Ogos tahun lalu.

Perselisihan itu terus muncul termasuk sewaktu ura-ura mengambil alih kerajaan persekutuan daripada BN - atau projek 16 September - yang pernah diusahakan oleh penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menjelang pilihanraya kecil Kuala Terengganu yang ditandingi PAS, pertengahan Januari lalu, persaingan dua aliran tersebut terus sengit sehingga mendorong presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang membuat keputusan saat akhir mengutamakan calon pilihannya sendiri.

-MALAYSIAKINI

Ketua Polis Perak Boleh Dipenjarakan 7 Tahun Jika Cuba Gagalkan Sidang DUN Esok!

Apa yang bakal terjadi di Ipoh besok? Adakah sidang DUN Perak boleh berlangsung dalam keadaan bangunan DUN itu sendiri berkunci?

Pihak polis telah memberi amaran akan mengambil tindakan tegas terhadap orang ramai yang mengadakan perhimpunan di kawasan Bangunan Perak Darul Ridzuan yang menempatkan DUN, kata Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah.

Ketika usaha giat dijalankan bagi menggagalkan sidang Dewan, ADUN Pakatan Rakyat difahamkan akan cuba memasuki DUN sebagai simbolik bahawa demokrasi masih wujud di negeri itu.

Speaker DUN Perak, V Sivakumar, pula sebentara tadi mengumumkan telah menyisihkan Setiausaha DUN, Abdullah Antong Sabri, dan melantik Misbahul Munir Masduki mengisi jawatan itu. Misbahul ialah setiausaha politik bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin. Perintah penyisihan itu tidak akan membawa apa-apa kesan kepada karier Abdullah sebagai penjawat awam yang hanya boleh dipecat oleh Jabatan Perkhidmatan Awam. Namun penyisihan itu menunjukkan politik Perak semakin panas dan panas.

Pada sidang media pada 7.45 malam tadi, Sivakumar juga turut memberi amaran kepada Ketua Polis Perak, Datuk Zulkefli Abdullah, bahawa beliau boleh dipenjara sehingga tujuh tahun mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan jika menghalang sidang DUN.Tapi masalahnya adakah pihak pengurusan atasan polis menghormati undang-undang dan takut kepada undang-undang sebagaimana kita rakyat biasa ini? Kita tunggulah esok siapa akan dipenjarakan, sama ada Ketua Polis Perak atau Speaker DUN Perak?

Esok akan menentukan siapa yang lebih berkuasa di antara kuasa yang bersumberkan pistol di pinggang Ketua Polis Perak atau kuasa yang bersumberkan amanah rakyat di tangan Speaker DUN Perak.

Oleh: pendikar gunung kriang

woi macha...sapa yang menghina makhamah?

Zambry dan enam Exco berkenaan yang merupakan plaintif turut memohon supaya mahkamah mengisytiharkan mereka berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang DUN dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan.

Sivakumar telah memanggil persidangan tergempar DUN Perak esok dan dilaporkan telah menghantar notis kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kecuali Zambry, enam Exco berkenaan dan tiga lagi ADUN Bebas.

Dalam tuntutannya itu, Zambry berkata, beliau mempunyai hak untuk menghadiri sidang DUN.

Saman pemula itu difailkan melalui para peguam Datuk Hafarizam Harun, Badrul Hisham Abdul Wahab dan Ong Teng Boon di Mahkamah Tinggi Ipoh pada 3.55 petang dan lebih 50 penyokong Barisan Nasional (BN) berada di luar mahkamah.

Zambry berkata, pihaknya turut memohon mahkamah mengisytiharkan Dewan Undangan Negeri Perak tidak terikat dengan apa-apa perintah, arahan atau petunjuk daripada Sivakumar.

"Saya ingin mengatakan bahawa apa jua isu sama ada kononnya penggantungan saya dan enam plaintif yang lain, hak menghadiri sidang Dewan dan sebagainya sekarang adalah di hadapan Mahkamah, justeru itu apa jua tindakan YB Sivakumar bolehlah dianggap sebagai subjudis dan berunsur menghina Mahkamah," katanya.

Beliau menggesa Sivakumar supaya bertindak mengikut lunas undang-undang dengan kawarasan dan kewajaran selaras dengan sumpah beliau untuk mempertahankan UndangUndang Tubuh Negeri Perak dan kesetiaan tidak berbelah bahagi kepada Sultan Perak.

Menteri Besar berkata persidangan tergempar yang diuar-uarkan esok adalah sidang yang tidak sah dan boleh dianggap sebagai suatu sidang yang menyalahi undangundang kerana tidak mendapat perkenan Sultan Perak.

"Saya selaku Menteri Besar bersama barisan Exco ingin menegaskan bahawa sepanjang pengetahuan saya, tiada perkenan Paduka Seri Sultan Perak terhadap yang dikatakan sidang Dewan Khas/Tergempar yang kononnya akan bermula sidangnya pada 3 Mac 2009 (esok) seperti yang diuaruarkan oleh YB Sivakumar," kata Zambry.

Sidang tergempar dijadualkan 10 pagi.

hang jadi MB pun haram

hang tak tahu ke?

apabila polis menolong orang yang melanggar undang-undang!

Datuk Dr Zambry Abd Kadir sebelum ni kata keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar mengadakan sidang tergempar DUN esok "macam cerita kartun". Dia juga kata, dengan membuat keputusan itu, Sivakumar bertindak melanggar Perlembagaan di bawah Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak.

Keputusan yang diambil oleh Sivakumar itu, katanya, jelas bertentangan dengan peruntukan terkandung dalam Peraturan-Peraturan Tetap DUN Perak yang menyatakan bahawa sebarang persidangan DUN hendaklah mendapat perkenan Sultan Perak terlebih dahulu.

Mengaji apa sampai peringkat PhD di Universiti Islam Antarabangsa? Nak kata dia bangang tak reti main politik, sat gi dia marah kat saya pulak. Kalau betul Sivakumar langgar peraturan dan Perlembagaan serta buat perangai macam cerita kartun, itulah yang sepatutnya ditunggu-tunggu oleh Zambry & Co.

Biaq dia langgaq peraturan, biaq dia langgaq Perlembagaan, biaq dia buat perangai kartun. Lepas tu, Zambry & Co ada hujjah nak suruh Sivakumar berambus dari kerusi Speaker tu. Dah langgaq peraturan, langgaq Perlembagaan, takkan tak hilang kelayakan sebagai Speaker. Senang la nak perambat masa tu.

Ni yang hampa pi tutup DUN Perak nak halang Sivakumar & Co buat sidang tergempar hampa kata langgar peraturan, langgar Perlembagaan - sidang yang Dr Zambry kata macam cerita kartun - apa ke bangangnya tu?! Apa punya Menteri Besar (kononnya!) main politik bangang tahap seri satria!

Ini kes bawak pelari tiang gol sebab takut pihak lawan score. Takut apa? Mana terperosok kejantanan hampa? Sapa pulak nak cungkil bawak keluaq? Nak pi teriak kat istana lagi mintak tolong?!

2 kejutan besar esok ? Kejutan Nizar dan kejutan Umno !! Tunggu..

Apakah berita bakal mengejutkan esok itu? Untuk menolaknya dengan beranggap ia satu gimik tidak mustahil. Sebab pemanggil ini tidak pernah bergurau dalam perkara-perkara seserius itu.

Saya yakin ia benar, memang ada kejutan esok.

Berita mengejutkan Umno? Saya terus berfikir dan cuba menoleh ke belakang kepada beberapa maklumat yang diterima sebelum ini. Kira-kira dua bulan lalu ada seorang Datuk memberi tahu dan cuba menyakinkan saya, perhimpunan agung Umno pada Mac ini akan ditangguhkan.

Ada sesuatu teknik yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan berkenaan katanya.

Saya tidak percaya dan menganggapnya sebagai gurauan saja. Hinggalah bila berjumpa Datuk berkenaan tiga minggu lalu saya menanyainya berhubung maklumat yang beliau katakan itu. Katanya akan diteruskan.

Apakah berita yang akan meledak esok itu berhubung dengan usaha untuk menangguhkan persidangan Umno berkenaan? Bahawa rancangan yang disebutkan Datuk berkenaan berjalan dan akan jadi? Jadi sama-samalah kita tunggu hari esok. Insya-Allah menjelang petang berita itu akan meletup dan menjadi topik hangat sehari dua ini.

Apakah ia juga ada kena mengena dengan Abdullah Badawi? Pada saya mustahil kalau Abdullah terlibat kerana beliau sudah mengaku awal-awal akan menyerahkan jawatan itu kepada Mohd Najib Razak pada akhir bulan ini. Jadi siapa, dan apa kena tunggulah. Tunggulah esok!

banjar