Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Saturday, March 13, 2010
IPTA diarah lapor graduan 'ikat perut'
SEPANG: Semua Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) diarah menyediakan laporan lengkap berhubung masalah beban kewangan yang dihadapi pelajar masing-masing, sehingga ada yang terpaksa ‘mengikat perut’ kerana ia boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.
Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata arahan itu dibuat selepas beliau menerima maklumat ada segelintir pelajar IPTA terpaksa ‘mengikat perut' atau bekerja sambilan untuk menampung kos hidup sepanjang mengikuti pengajian di kampus. “Berdasarkan maklumat yang saya terima ada pelajar yang terpaksa bekerja sambilan untuk mendapatkan wang tambahan, malah ada yang terpaksa meminjam daripada pensyarah kerana ketiadaan wang.
“Walaupun perkara ini tidak serius namun kita perlu menanganinya dengan mengenalpasti jumlah sebenar pelajar yang berhadapan dengan masalah itu supaya langkah sewajarnya diambil bagi membantu mereka,” katanya kepada media selepas melancarkan bengkel ‘Training of Trainers’, Kokurikulum Berkredit Institusi Pengajian Tinggi di sini, semalam.
Sehubungan itu, beliau memberi tempoh selama sebulan iaitu sehingga pertengahan April ini kepada semua IPTA untuk menyerahkan laporan terbabit antara lain mengandungi cadangan yang perlu dilakukan oleh kementerian untuk mengatasi masalah itu.
“Masalah ini perlu ditangani bersama oleh IPTA dan kementerian kerana kita khuatir akan berlakunya fenomena kemiskinan kampus hingga boleh menjejaskan kualiti serta kebolehpasaran graduan IPTA.
“Pada masa yang sama, kita perlu mengenalpasti punca masalah ini sama ada ia disebabkan latar keluarga, jumlah pinjaman yang diterima atau dasar yang ditetapkan oleh kementerian," katanya.
Mengenai usaha yang dilakukan pihak IPTA untuk menangani masalah ini, Saifuddin berkata, semua IPTA mempunyai mekanisme masing-masing untuk membantu pelajar yang menghadapi masalah kewangan namun jumlahnya adalah terhad.
Oleh itu, beliau meminta semua ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang baru dilantik membantu mengenalpasti pelajar terbabit, bagi memudahkan urusan pemberian bantuan.
p/s: count me in
Saturday, April 25, 2009
Tumbukan padu kepada presiden DZ: bekas pelajar dipenjara dua hari
Lim, 22, dari Ulu Tiram, Johor, mengaku bersalah menumbuk Yap di dalam dewan konvokesyen di Jalan Bukit Kajang, pada jam 10.10 pagi 11 Januari lalu.
Kesalahan tersebut boleh membawa hukuman maksima tujuh tahun penjara dan denda.
Timbalan Pendakwaraya (DPP), Nurul Ain Abdul Rahim mengesahkan Lim tidak merayu terhadap hukuman tersebut dan telah dihantar ke penjara untuk menjalani hukuman.
Sebelum itu, peguam Wong Kian Kheong yang mewakili Lim memohon Majistret Nurdiana Mohd Nazari menjatuhkan hukuman ringan serta memberi sembilan sebab untuk menyokong rayuannya itu.
Ia termasuk tindakan Lim menyerah diri kepada polis, mengaku bersalah dan kemudiannya memohon maaf kepada Yap.
Menurutnya, tindakan itu menunjukkan tertuduh menyesal dengan perbuatannya itu.
Wong berkata, tertuduh telah menghantar surat sebanyak dua kali kepada Yap untuk memohon maaf serta menyatakan kesediaannya untuk membayar gantirugi.
Bagaimanapun, kata peguam itu, Yap tidak membalas surat tersebut.
Wong juga menjelaskan bahawa Lim hilang kawalan ekoran kontroversi yang membabitkan Kolej New Era dan bukan sesuatu yang dirancang.
Oleh itu, Wong merayu kepada mahkamah supaya menimbang menjatuhkan hukuman maksima denda RM10,000 dan gantirugi RM30,000 manakala hukuman penjara sebagai pilihan terakhir.
Bagaimanapun, Nurul Ain membantah dan berkata kepentingan awam harus diutamakan, dan oleh itu mahu tertuduh dijatuhkan hukuman yang berat.
Bapa Lim enggan bercakap dengan pihak media selepas mahkamah menjatuhkan hukuman, manakala ibunya kelihatan begitu sedih.
Kejadian pada 11 Januari itu berlaku ketika Yap, 70, sedang berucap di majlis konvokesyen Kolej New Era.
Hadirin di dalam dewan tersebut menyangka beliau hendak membetulkan mikrofon.
Bagaimanapun, Lim secara tiba-tiba bertindak menumbuk muka Yap dan terus beredar dari situ. Yap mengalami kecederaan pada tulang pipinya.
Insiden tersebut mendapat liputan meluas media cetak dan elektronik, yang dikaitkan dengan keputusan kolej itu tidak memperbaharui kontrak bekas dekannya, Dr Kua Kia Soong. Beliau bagaimanapun menafikan sebarang pembabitan dengan insiden tersebut.
Yap berkata, beliau tidak berdendam terhadap penyerangnya itu, tetapi menegaskan ia adalah satu perkara yang serius.
episod kena tumbuk: klik sini
Friday, March 20, 2009
Hal biasiswa dan pinjaman: takda siapa nak buat isu kat parlimen
Monday, March 9, 2009
Lagi pelajar bunuh diri
SINGAPURA 8 Mac – Sebuah universiti di Singapura digemparkan dengan satu lagi kes bunuh diri di kawasan kampus berkenaan, selepas seorang lelaki China ditemui mati tergantung di bilik asramanya.
Mayat Zhou Zheng, 24, seorang pegawai projek di Sekolah Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Universiti Teknologi Nanyang ditemui oleh penghuni asrama semalam, kata seorang jurucakap polis, hari ini.
Zheng pernah belajar di sekolah tersebut seperti juga pelajar Indonesia, David Hartanto Widjaja yang menikam dan mencederakan seorang profesor, sebelum dia membunuh diri pada Isnin lalu dengan terjun dari sebuah jejantas.
Menurut akhbar Straits Times, kedua-dua mereka dipercayai pernah menjalankan penyelidikan di makmal yang sama di sekolah berkenaan.
Bagaimanapun pegawai universiti berkata, kedua-dua insiden tidak berkaitan dan mereka berdua dipercayai tidak mengenali satu sama lain. – AFP
Saturday, March 7, 2009
Skudai, February 4th: Eversince its establishment as a Technical School in 1904, Universiti Teknologi Malaysia has undergone rapid development in many aspects.
UTM has also continuously taken various initiatives to improve its visibility and image to obtain recognition locally and internationally through its value system, academic culture, intellectual ecosystem, work culture and academic ideals.
In his speech at the launching of the new UTM corporate image ceremony on 3rd of February 2008 at Dewan Sultan Iskandar, the Vice Chancellor, Dato’ Prof. Ir. Dr. Zaini Ujang said that it is important for the UTM community to work together as a team in creating a new image and build good reputation to make UTM become prominent and renowned as a higher learning institution.
“We can achieve a better image for the university through intangible means related to our value system and intrinsic principles in which we operate and function, and also through tangible elements or image creation in relation to physical improvements such as the placement of our logo, typeface, tagline and other cosmetic enhancement to all print materials and communication medium” he said.
However, Zaini highlighted that whatever image is created, it is actually the culmination of the strength of our value system, academic culture, intellectual environment, academic idealism, work process and good team work that should reflect our the culture of the university community.
With the announcement of the new placement of logo and typeface as part of the new corporate image of UTM, Zaini said that it is compulsory for all faculties, departments and divisions to use this new image which is reflective of certain qualities such as steadfastness, strength (intellectual, mental, emotional, spiritual, ethical and physical) and scholarship in relation to being learned and knowledgeable in specialized fields.
“Starting from today onwards, we will use this new image with the university initial and name clearly depicted to the right side of the university’s logo all our official transactions. We are taking this step to make it easier for the public to identify us and make UTM more prominent since there are more than one hundred institutions of higher learning in our country now,” he added.
Exora frame unveiled at UTM
The frame of Proton Exora, a Campro 1.6 CPS-powered engine was unveiled in conjunction with the nationwide Proton Technology Roadshow ahead of its scheduled April launch.
Proton organized a two day exhibition to display its latest research and development technology including Computer Engineering starting from February 25th to 26th.
Other activities also being carried out by Proton such as talk session with engineering experts on technology development over the past few years and trends in the automotive sector.
Proton also held interview sessions for students and the public for future recruitment with the company.
UTM, represented by its Vice Chancellor, Prof. Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang also signed a Memorandum of Understanding (MoU) with Proton’s Managing Director, Dato’ Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir on collaboration in research on automotive advance technology ideas, exchange of staff for the purpose of R&D as well as education and to provide utilization of facilities.
Both organizations also agreed on exchanging information, publication and project related materials and also agreed to jointly organize seminars, conferences, workshops or courses.
Zaini in his statement said UTM is trying to look for collaboration opportunities with Proton.
“Besides sharing knowledge and facilities with Proton, UTM is also trying to expose the students of the latest developments and trends of the automotive industry,” he said.
Monday, March 2, 2009
UUM tunda tindakan disiplin tiga siswa

kemaskini 12.47pm Universiti Utara Malaysia (UUM) menangguhkan tindakan disiplin terhadap tiga mahasiswanya berhubung bantahan mereka terhadap kenaikan tambang bas di kampus itu.
Jawatankuasa tatatertib pelajar yang dijadual memanggil ketiga-tiga mahasiswa itu 2.30 petang ini memaklumkan penangguhan tersebut kepada mereka dalam satu surat lewat petang semalam.
Surat itu tidak menyatakan alasan penangguhan tersebut dan tarikh baru perbicaraan ke atas Choo Kok Wei, Medecci Lineil Repong dan Tengku Mohd Hasrul Tengku Malek.
Ketiga-tiganya antara 10 pelajar yang terlibat dalam jawatankuasa khas memantau harga tambang bas di kampus di Sintok itu.
Jawatankuasa itu ditubuhkan bulan lalu selepas mahasiswa membuat bantahan melalui petisyen dalam talian berhubung kenaikan tambang bas di universiti berkenaan daripada RM0.40 sen untuk satu destinasi kepada RM0.55.
Tujuh lagi mahasiswa yang menganggotai jawatankuasa itu setakat ini tidak dikenakan apa-apa tindakan.
Tengku Mohd Hasrul, yang pernah mengetuai jawatankuasa bantahan tersebut, menghadapi tuduhan berbeza iaitu mengkritik seorang timbalan naib canselor UUM melalui tulisan di blog peribadinya.
Dihubungi Malaysiakini hari ini, Penolong Pengarah Unit Disiplin dan Tugas Khas, Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Akademik (HEPA) Shahidan Shafie mengesahkan penangguhan perbicaraan itu.
Beliau bagaimanapaun tidak dapat menjelaskan tempoh masa dan sebab penangguhannya kerana "hanya menerima arahan".
Penangguhan perbicaraan itu juga didakwa bukan disebabkan tekanan daripada kumpulan mahasiswa dan NGO yang menentang tindakan ke atas ketiga-tiga mahasiswa terbabit.
"Saya hendak tertekan apa, bukan saya tumbuk dia (ketiga-tiga mahasiswa itu). Saya hanya menjalankan tugas. Saya hanya mengikut arahan," katanya.
Jumaat lalu, Gerakan Demokratik Belia dan Pelajar Malasia (Dema), Suara Rakyat Malaysia (Suaram), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) dan Kumpulan Aktivis Mahasiswa Independen (Kami) mendesak UUM menggugurkan kes itu.
Kumpulan itu juga menyeru mahasiswa berkumpul di tempat perbicaraan di bangunan Canselori ketika perbicaraan berlangsung.
Mengulas perkara itu, Shahhidan berkata, UUM tidak menerima walau sepucuk pun surat bantahan dan rayuan berhubung perkara itu.
"SMS adalah (diterima), itu saya tidak nafikan," katanya.
Diminta mengulas pendakwaan kes tersebut, Shahidan berkata UUM mendapati "ada kes" untuk mendakwa ketiga-tiga mahasiswa berkenaan.
Bagaimanapun, kesalahan mereka hanya akan diputuskan oleh jawatankuasa disiplin.
Beliau juga menambah, ketiga-tiga pelajar berkenaan dihadapkan ke jawatankuasa tatatertib UUM bukan kerana menghantar memorandum bantahan kepada UUM berhubung kenaikan tambang bas, tetapi kerana memberikan kenyataan kepada media tanpa kebenaran universiti.
Sementara itu, mengulas perkembangan terbaru itu, Tengku Mohd Hasrul ketika dihubungi berkata beliau menerimanya "seperti biasa".
"Saya tidak kisah, saya telah memutuskan akan memberikan kerjasama penuh," katanya.
Saturday, February 28, 2009
Malaysia tidak perlu lagi universiti baru
KUANTAN 28 Feb — Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan tidak berhasrat menubuhkan universiti baru tetapi sebaliknya ingin menumpukan usaha ke arah meningkatkan keupayaan universiti yang sedia ada di negara ini.
Timbalan Perdana Menteri berkata kini apa yang penting adalah meningkatkan tahap pembangunan fizikal dan intelektual universiti tempatan ke peringkat optimum.
“Kita kena menstabilkan keadaan universiti yang sedia ada supaya ia mencapai peringkat optimum,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perhimpunan Warga Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan Karnival Pengajian Tinggi Negara Zon Timur, di sini, hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Pahang Datuk Seri Adnan Yaakob, Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Terdapat 20 buah universiti awam dan 21 universiti swasta, dah cukup bilangan universiti, tiap-tiap negeri dah ada universiti,” kata Najib.
Najib berkata Kementerian Pengajian Tinggi juga telah menetapkan bahawa universiti di negara ini mestilah mempunyai 70 peratus tenaga pengajar berkelulusan doktor falsafah (Phd).
“Pembangunan intelektual ini memakan masa dan ketika ini bukan semua universiti mencapai sasaran itu,” katanya.
Pada perkembangan yang sama, Najib berkata kerajaan juga bercadang menambahkan lagi autonomi kepada universiti terutamanya melibatkan hal berkaitan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dan kokurikulum pengajian, pelantikan, kuasa perbelanjaan dan sebagainya.
“Kita dah beri kuasa kepada universiti (sebelum ini) untuk membuat keputusan sendiri di peringkat universiti, dan sekiranya langkah ini membawa manfaat sepenuhnya, maka kerajaan akan menambah kuasa kepada universiti pada masa akan datang,” jelasnya.
“Kita ingin melihat universiti ini menjadi cemerlang, maka universiti mesti perlu diberi kuasa atau ’empowerment’ untuk membuat keputusan sendiri,” katanya.
Pada majlis itu, Najib turut menyaksikan upacara tandatangan Memorandum Persefahaman (MoU) antara UMP dan Pasdec Holdings Berhad serta Hicom Automative Manufacturers Sdn Bhd.
MoU itu dimeterai bagi menjalin kerjasama dalam bidang penyelidikan dan perundingan, pembangunan modal insan dan pembangunan hartanah di kampus tetap UMP di Kuala Pahang, Pekan.
— BERNAMA
Monday, February 23, 2009
nostalgia PRK MPP
Bermula dengan prosedur biasa setiap pilihanraya, Penamaan calon diadakan. Sape yang betanding aku pun tak kenal dan tak nak tau. Penamaan calon ni dibuat kat rumah alumni, jaoh jugak la nak pergi, tapi waktu pesta konvo boleh pulak pergi kat situ. Yang aku penah dengar kat UTM ni ade 2 "parti' yang bertanding, Aspirasi dan Promahasiswa. Ramai yang cakap aspirasi ni pro UMNO/BN dan promahasiswa ni pro pembangkang.
Lepas tu berkempen. Selama aku duduk kat UTM tak pernah lagi aku pergi tengok calon-calon berkempen sebab tak ade langsung yang bagitahu tempat dan masa berkempen. Dalam tempoh ni jugak perang poster pun bermula, ade yang siap buat bentuk nama dia lagi untuk pancing undi. Ade yang gantung kat arked, fakulti, pondok bas sampai kat pintu bilik pun ade. Aku rase ade kekurangan sikit kat poster tu sebab tak letak dia dari 'parti' mana yang dia wakili. Tak cukup dengan poster bagi kad nama pulak, antara kandungannya pencapaian diaorang waktu jadi MPP lepas, kebolehan, pengalaman, dan macam-macam lagi. Kalau boleh letak la no. handphone kat situ (bagi calon permpuan), baru boleh face to face..hehe. Pas tu pada saat-saat akhir berkempen ade la masuk sms calon-calon yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi aku malas nak tahu calon mana yang akan dipilh esok.
Keesokan harinya, kuliah macam biase. Tak tahu pulak hari tu hari membuang undi. Tapi kalau tak mengundi kena beri surat tunjuk sebab kat dekan. Nak tak nak pergi ngundi je la. Dah sampai tempat mengundi takde la macam dalam tv orang beratur panjang. Ha, time mengundi pulak, aku teringat sms member semalam, tapi malas la aku nak bukak handset waktu tu, jadi pangkah aje lah kat gambar awek yang cun-cun tu. Untung dia orang aku yang undikan.Dah habis mengundi ade pulak dapat hadiah buku diary UTM,air kotak dan notepad. Tak cukup dengan tu fakulti aku buat cabutan bertuah lagi, ade la member ni memang bertuah dapat pendrive 1Gb.
Jadi macam tu je lah perjalanan PRK bagi aku, kawan-kawan aku hampir semuanya melalui detik-detik PRK ni macam aku jugak. Memang tak memberi kebaikan untuk aku langsung. Bila yang menang menjadi MPP, dia orang dah tak menyebelahi mahasiswa lagi, sebab dah jadi pengampu pihak pentadbir.
Jadi student ni mesti enjoy, dah grad nanti baru lah sibuk hal politik ni.
