Showing posts with label media massa. Show all posts
Showing posts with label media massa. Show all posts

Monday, June 21, 2010

Obama didakwa mengaku Muslim

t2010/06/20

WASHINGTON: Dua firma media besar Asia Barat mendakwa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, mengaku beragama Islam kepada seorang menteri kanan Mesir awal tahun ini.

Stesen televisyen Mesir, Nile TV International dan majalah Israel Today melaporkan, Obama membuat pengakuan itu kepada Menteri Luar Mesir, Ahmed Aboul Gheit.

Wartawan Israel, Avi Lipkin, berkata Gheit yang muncul dalam rancangan ‘Round Table Show’ Nile TV International pada Januari lalu, memberitahu bahawa ‘Obama bersumpah kepadanya bahawa beliau beragama Islam dan begitu juga bapa, bapa tiri dan dua adik tirinya di Kenya juga Muslim serta beliau bersimpati dalam isu Muslim.’

Pihak berhaluan kanan Amerika segera mengambil kesempatan dengan laporan yang belum disahkan itu dengan menuduh Obama anti-Israel.
Perkembangan ini disiarkan selepas tinjauan di negara Islam menunjukkan popularitinya menurun ketika Obama berusaha menangani isu tumpahan minyak British Petroleum (BP) di Teluk Mexico.

Pamela Geller yang mengetuai pertubuhan ‘Stop Islamization of America’ (Henti Islamkan Amerika) mendakwa, laporan mengenai pengakuan Obama itu tidak dihiraukan media perdana Amerika dan perkara itu sepatutnya menjadi kebimbangan rakyat Amerika.

“Laporan itu menyatakan, Aboul Gheit memberitahu bahawa Obama memberitahunya dia seorang Muslim dan akan menunjukkan beliau dunia Islam bagaimana menguruskan Israel selepas menyelesaikan beberapa isu domestik,” katanya.
Geller mengakui isu Obama beragama Islam bukanlah sesuatu yang baru tetapi ia menjelaskan sikap pemimpin terbabit yang bersimpati kepada pihak yang mengancam Amerika serta berniat merangka semula dasar agama negara berkenaan.
Geller menuduh Obama menunjukkan kebencian terhadap Israel dan tidak mahu membantu negara Yahudi itu menghadapi musuh. – Agensi

//btolke???>>>

Nik Aziz saran wanita solat Jumaat

Jun 19, 10 1:34pm

Kompleks Masjid Daruttarbiyah bakal menyaksikan perubahan baru apabila kaum wanita disaran supaya menunaikan solat Jumaat seperti mana dilakukan kaum lelaki selepas siap pembinaannya kelak.

Harakah Daily melaporkan saranan itu diutarakan oleh Mursyidul Am, PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

"Sebenarnya sudah lama saya hendak tengok keadaan ini boleh dilakukan oleh wanita," katanya ketika berucap dalam Majlis Penyerahan dan Penerimaan Derma mengisi tabung kompleks masjid tersebut di Kampung Wakaf Zain, dekat Bachok, malam semalam.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, keselesaan ruang masjid yang cukup luas mampu membawa kaum wanita untuk turut bersama menunaikan solat Jumaat.

"Saya cadangkan ruang bawah untuk orang perempuan dan di sebelah atas pula bagi orang lelaki masa sembahyang Jumaat," katanya.

Kompleks masjid tersebut mula dibina sejak Ogos tahun lalu di atas tapak seluas satu ekar yang dibeli dengan harga RM180,000 manakala pembinaannya menelan belanja sebanyak RM2 juta dan dijangka siap pada Ogos 2011.

Kos pembelian tapak serta binaan adalah daripada sumbangan orang ramai.

Masjid dua tingkat yang kini dalam 40 peratus pembinaan itu dibina secara bergotong royong melibatkan seluruh kepimpinan cawangan termasuk penghulu-penghulu mukim dan masyarakat tempatan.

Piala Dunia: Universiti di Bangladesh ditutup pelajar merusuh

Jun 20, 10 4:40pm

Sebuah universiti terkemuka Bangladesh tertutup Ahad lalu selepas lima orang cedera dalam rusuhan mahasiswa yang menuntut masa bagi menonton bola sepak Piala Dunia, kata polis.

Pelajar yang membawa kayu mengamuk di Universiti Kejuruteraan dan Teknologi di ibukota Dhaka pada hari Sabtu, menuntut tempoh penggal pengajian dipendekkan bagi membolehkan mereka menonton perlawanan Piala Dunia, kata ketua polisi tempatan, Rezaul Karim.

"Para siswa baru mahu kampus ditutup supaya mereka dapat menyaksikan Piala Dunia Tetapi beberapa mahasiswa senior yang menghadapi peperiksaan, tidak mahu - maka berlaku beberapa pergaduhan," katanya.

"Pihak universiti mengadakan mesyuarat tergempar dan memutuskan untuk menutup segera (kampus)," katanya, sambil menambah ia ditutup seminggu lebih awal daripada tempoh akhir penggal pada 26 Jun.

Selama Piala Dunia 2006, puluhan mahasiswa cedera dalam pergaduhan di universiti yang sama.

"Kami telah menutup universiti untuk mengelakkan sebarang masalah, kami berharap untuk membuka semula selepas selesai Piala Dunia," Jibon kata ketua halehwal pelajar, Jibom Podder kepada AFP.

Bangladesh memiliki budaya kekerasan politik mahasiswa, khususnya di kampus-kampus universiti awam. Semua tiga parti politik utama di negara itu mempunyai sayap mahasiswa yang kuat, yang mereka biayai.

Penduduk negara itu yang biasanya merupakan peminat kriket, kini dilanda demam Piala Dunia, walaupun pasukan negara itu tidak layak menyertai.

Minggu lalu, peminat yang marah, bertindak merosakkan kenderaan dan menyerang pusat pengagihan tenaga apabila bekalan terputus dan mengganggu liputan satu perlawanan.

//dh agak dh bende cmni blaku,x final lagi..(edited by-anak buah yakuza)

Vokalis Peterpan rakam seks bersama 32 artis


Polis sahkan penyanyi, aktres Indonesia dalam klip asmara

JAKARTA: Kes bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Ariel bersama aktres Luna Maya dan Cut Tari bertambah mengejutkan dengan pendedahan sekurang-kurangnya 32 lagi artis didakwa terbabit manakala polis mengesahkan vokalis dan dua pelakon berkenaan adalah pelaku seks membabitkan klip video lucah yang tersebar luas di Indonesia.

Ariel kini berhadapan dengan tuduhan merakamkan perbuatan seks bersama dua aktres berkenaan. Sebahagian besar wanita yang ditiduri Ariel itu adalah artis dan selebriti Indonesia, lapor laman web inilah.com yang memetik sumber.

“Ada 32 wanita terbabit merakamkan hubungan mereka dengan Ariel dan mirip selebriti terkenal termasuk Ratu Felisha, Aura Kasih, Andhara Early dan vokalis band SHE, Melly Herlina," kata sumber terbabit.

Maklumat kebanyakan media Indonesia juga menyebut, sebanyak 32 fail membabitkan 23 rakaman video lucah dan sembilan gambar foto Ariel didapati bersama dengan sekumpulan wanita.

Daripada 32 rakaman video terbabit serta lima gambar foto menunjukkan gambar Ariel bersama pasangan yang belum diketahui identiti mereka dan selebihnya adalah adegan Ariel dengan beberapa wanita mirip artis Indonesia dengan pangkal nama bermula dengan huruf RF, AK, AE, MH, KD dan BC.

Pihak polis ketika diminta mengesahkan sama ada sedang menyiasat perkara itu berkata: “Kata siapa? Kami masih menyelidik yang sedang beredar sekarang. Dari situ kita akan selidik dulu,” kata Pengarah Mabes Polri di Jakarta, Brigadier Jeneral Saud Usman Nasution.
Katanya, polis masih meneliti kes terbabit. Hingga kini polis sedang cuba mencari bukti. “Siapa yang menyebarkan itu perkara pertama yang akan kita bertindak terlebih dulu,” katanya.

Polis meminta mereka yang memiliki video atau gambar porno segera menyerahkan kepada pihak berkuasa.

Khabar angin tersebar di internet mengatakan Ariel suka mengabadikan adegan seksnya dan menyimpan dalam komputernya. Malang sekali komputer terbabit hilang dan disebarkan mereka tidak bertanggungjawab.

Malah khabar angin turut tersebar kononnya ada 23 rakaman video seks Ariel bersama beberapa selebriti wanita Indonesia akan disebarkan satu persatu.

Mengulas pengesahan Ariel, Luna Maya dan Cut Tari dalam klip video diedarkan, Ketua Cawangan Hubungan Masyarakat Ibu Pejabat Polis Republik Indonesia, Jeneral Edward Aritonang berkata, polis membuat kesimpulan selepas selesai menyiasat ke atas ketiga-tiganya. – Agensi

//lepas kantoi skali,trus byk pengakuan..ni dh mcm kes pemain golf dunia ni,bwk2 la taubat..(edited by-anak buah yakuza)

Tuesday, June 15, 2010

6-story Jesus statue in Ohio struck by lightning


MONROE, Ohio – A six-story-tall statue of Jesus Christ with his arms raised along a highway was struck by lightning in a thunderstorm Monday night and burned to the ground, police said.

The "King of Kings" statue, one of southwest Ohio's most familiar landmarks, had stood since 2004 at the evangelical Solid Rock Churchalong Interstate 75 in Monroe, just north of Cincinnati.

The lightning strike set the statue ablaze around 11:15 p.m., Monroe police dispatchers said.

The sculpture, 62 feet tall and 40 feet wide at the base, showed Jesus from the torso up and was nicknamed Touchdown Jesus because of the way the arms were raised, similar to a referee signaling a touchdown. It was made of plastic foam and fiberglass over a steel frame, which is all that remained early Tuesday.

The fire spread from the statue to an adjacent amphitheater but was confined to the attic area, and no one was injured, police Chief Mark Neu said. The fire department would release a monetary damage estimateTuesday, he said.

Travelers on Interstate 75 often were startled to come upon the huge statue by the roadside, but many said America needs more symbols like it. So many people stopped at the church campus that church officials had to build a walkway to accommodate them.

The 4,000-member, nondenominational church was founded by former horse trader Lawrence Bishop and his wife. Bishop said in 2004 he was trying to help people, not impress them, with the statue. He said his wife proposed the Jesus figure as a beacon of hope and salvation and they spent about $250,000 to finance it.


//BERINGATLAH KITA BAHAWA TIADA TUHAN MELAINKAN ALLAH S.W.T-(EDITED BY,ANAK BUAH YAKUZA)

Wednesday, August 26, 2009

laksanakan hukum Allah

Kartika tetap tunggu hukuman sebat, tidak mahu kemuka rayuan
Selasa Ogos 25, 2009 http://mstar.com.my
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjFTOHHsK8FHwq5gTOBHFton3y9MVJZlmzlFY9DRcS_Phyj9jJDpVEMC1wVHW6VaOOYtymDPeSTSLdFj7f1OLeOmE4orgrweWhxrK_5ykVJvqdztuJRZk3PMkubcLsDT-3NcYvL9JV1lGdl/s400/ne_01_1.jpg

SUNGAI SIPUT: Kartika Sari Dewi Shukarno tetap dengan keputusannya tidak mahu mengemukakan rayuan dan nekad menunggu pelaksanaan hukuman sebat kerana meminum arak dijalankan terhadap dirinya menjelang Aidilfitri ini.

Kartika Sari Dewi, 32, berkata beliau akan menunggu keputusan secara hitam putih daripada Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) berhubung kedudukannya berikutan penangguhan hukuman itu bagi menghormati bulan Ramadan.

"Mereka (JAIP) kata selepas Ramadan, takkan saya mengatasi tindakan mereka. Biar JAIP mengeluarkan dan membuat keputusan hitam putih. Saya tetap macam ini, dengan keputusan saya dan tunggu keputusan JAIP. Ini keputusan saya. Saya beri masa kepada JAIP (untuk melaksanakan hukuman sebat), selepas Ramadan ini kita lihat macam mana," katanya ibu kepada dua anak kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Kartika Sari Dewi dan anggota keluarganya bertemu dengan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria di pejabat Mufti hari ini bagi mendapat nasihat dan pandangan berhubung kes dan kejadian yang berlaku.

Beliau berkata Harussani menasihatinya supaya bertenang dan bersabar menunggu penyelesaian terbaik berhubung kes berkenaan. "Mufti kemudian menelefon Ketua Hakim Syariah di Perak supaya menghubungi (Ketua Hakim Syariah) Pahang untuk berbincang bagaimana menyelesaikan masalah saya ini.

"...saya dapat luahkan kepada Mufti, dan memang saya menangis di hadapannya apabila beliau bertanya kenapa saya tidak mahu merayu (sebelum dijatuhkan hukuman)... beliau memang memahami saya...saya jelaskan semua kepada Mufti," katanya.

Mengenai nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak supaya mengemukakan rayuan, Kartika Sari Dewi berkata beliau amat menghormati pandangan itu.

"Saya menghormati pandangan Datuk Seri Najib atas keprihatinan beliau tetapi saya tetap dan nekad dengan keputusan saya (menjalani hukuman sebat)," katanya.

Kartika Sari Dewi berkata sebelum hukuman dijatuhkan oleh mahkamah, dia telah menyesal dan insaf serta berpendirian muktamad tidak mahu membuat rayuan. "Sebelum meminta nasihat daripada Mufti iaitu ketika saya buat keputusan saya rela disebat, saya jumpa ulama dan mereka kata saya telah membuat keputusan yang waras dan ada tempatnya," katanya.

Ketika ditanya mengenai beberapa pandangan badan bukan kerajaan (NGO) yang tidak bersetuju dengan hukuman sebat oleh mahkamah dan memintanya mengemukakan rayuan, wanita itu berkata keputusan untuk menjalani hukuman sebat itu tidak akan berubah.

Kartika Sari Dewi berkata beliau percaya kepada agama Islam kerana Islam itu lembut dan JAIP tahu apa yang dilakukan adalah mengikut panduan dan hukum Islam.

Semalam, penangguhan hukuman sebat terhadap Kartika Sari Dewi dikeluarkan di Kuantan, Pahang oleh Ketua Hakim Syarie negeri, Datuk Abdul Rahman Yunus bagi menghormati bulan Ramadan.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEj-NdqDnIaXSDub27TuY4nluGdVz0BCxdgVLBcEiqIWAcPtYYxYfQtKlpc4hwu-mdQSMEry18if3KnjvHNAVH5gMr3Rh9UvrZC9ToFpl6G2F-vhWWkD0IQD_Sjwl6cRueFBykNBpz4pw71L/s400/info.jpg

Kartika Sari Dewi dijatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai lepas selepas mengaku salah meminum arak sebuah hotel di Cherating pada 11 Julai 2008.

Pada 18 Ogos, Hakim Syarie Datuk Abdul Rahman Yunus, memerintahkan beliau ditahan berkuat kuasa semalam bagi tempoh tujuh hari untuk melaksanakan hukuman sebatan itu. Kartika Sari Dewi adalah wanita pertama yang akan disebat akibat kesalahan meminum arak di negara ini. BERNAMA

Saturday, April 25, 2009

'Jom Heboh': Zambry ingkar arahan Mufti

http://www.pix8.net/pro/pic/8380Arvz5/970627.jpg

IPOH, 24 April (Hrkh) - Dewan Pemuda PAS Kawasan Ipoh Timur (DPPK IT) kesal dengan kelulusan yang telah diberikan untuk penganjuran Konsert Jom Heboh TV3 yang bakal diadakan di Pengkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Lumut pada 25 dan 26 April ini.

emikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Ipoh Timur, Salman Salleh dalam kenyataan akhbarnya semalam.

Menurutnya merujuk kepada keputusan Majlis Mufti-Mufti Malaysia yang dibuat pada 30 Julai 2004 memutuskan bahawa konsert Sure Heboh(sebelum ditukar nama Jom Heboh) TV3 adalah haram kerana ia melalai dan menggalakkan maksiat di kalangan anak-anak muda.

Beliau melahirkan rasa kesal dengan sikap Dato' Seri Dr Zambry Abdul Kadir kerana tidak mendapatkan nasihat terlebih dahulu daripada Mufti Perak, Dato' Seri Haji Harussani Zakaria berhubung perkara tersebut.

"Pemuda PAS Ipoh Timur memohon agar pihak Kerajaan Negeri memperjelaskan kelulusan yang telah diberikan tanpa mendapat nasihat daripada Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak," katanya.

Beliau turut meminta supaya pejabat Mufti Perak dan Jabatan Agama Islam Perak memberikan garis panduan yang jelas kepada Kerajaan Negeri tentang konsert yang boleh diadakan di masa akan datang. - mns_


Saturday, March 7, 2009

Saluran baru RTM di Astro mulai 12 Mac

KUALA LUMPUR 6 Mac — Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memperkenalkan satu saluran baru berbentuk hiburan 24 jam iaitu Muzik Aktif di saluran 180 Astro mulai Khamis depan.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu merupakan sebagai persediaan RTM ke arah penyiaran digital menjelang 2012, di samping menjadikannya sebagai platform untuk penggiat seni tempatan mempromosikan hasil industri kreatif mereka ke luar negara.

“Saya berharap dengan adanya saluran baru ini ia bukan sahaja menjadi satu platform kepada penggiat seni tetapi juga memberi kekuatan baru kepada dunia seni dan muzik di negara kita,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata saluran Muzik Aktif itu telah diperkenalkan dalam peringkat percubaan bagi Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM pada 1 Jun 2006.

Beliau berkata penyiaran melalui televisyen satelit itu juga akan memberi pengalaman baru dan proses pembelajaran kepada RTM bagi menguatkan serta memantapkan lagi siaran digitalnya sendiri.

“Kita telah meletakkan dekoder televisyen di 1,000 rumah sebagai sampel di Lembah Klang selama dua tahun dan kita sentiasa memperbaiki penyiarannya berdasarkan maklum balas yang diterima.

“Kali ini kita akan mensasarkan sebanyak dua juta penonton iaitu pelanggan Astro sehingga infrastruktur untuk sistem pendigitalan RTM siap, barulah ia akan disalurkan secara percuma,” katanya.

Saluran khusus menyiarkan program muzik seperti klip video penyanyi tempatan yang meliputi pelbagai genre, bahasa, budaya dan etnik di Malaysia serta program hiburan terbitan tempatan itu akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac ini.

“Siaran di Astro merupakan salah satu platform dan strategi terbaik untuk memperkenalkan saluran ini sebagai langkah memupuk kesedaran umum bahawa RTM sedang melaksanakan projek penyiaran digital dan perkhidmatan nilai tambah yang sekaligus dapat merangsangkan dan mempercepatkan proses pendigitalan penyiaran RTM khususnya dan negara amnya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan menganjurkan Persidangan Industri Kreatif 2009 pada 16 hingga 17 Mac sebagai saluran perkongsian maklumat dan idea antara pihak yang terlibat dalam industri, pembekal teknologi serta penggubal dasar sama ada dari dalam atau luar negara dalam membincangkan masa depan industri kreatif di Malaysia.

Beliau berkata persidangan itu akan menghimpunkan semua pengendali media sama ada dari dalam dan luar negara bagi berkongsi ilmu dan pertukaran pengetahuan bagi membentuk rangka kerja untuk pembangunan industri kreatif di Malaysia.

“Di negara ini industri kreatif hanya menyumbang sebanyak 0.1 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini berbeza dengan negara maju di mana ia menyumbang sebanyak tujuh peratus dengan mengeksport drama, filem, muzik dan kesenian.

“Persidangan ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada orang ramai apa itu industri kreatif terutamanya dalam zaman kemelesetan ekonomi di mana industri itu akan membantu jana ekonomi negara,” katanya.

Dijangka seramai 500 peserta, dengan antaranya pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pembekal filem dan drama akan menyertai persidangan bertemakan “Industri Kreatif: Dimensi Baru Pembangunan Ekonomi”. Pameran juga akan diadakan sepanjang persidangan ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai industri kreatif bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan pendigitalan.

— BERNAMA

Tuesday, March 3, 2009

TV3: Pembohongan terkini, fitnah sensasi

oleh Ahmad Tajdid (HARAKAH)

SEMUANYA seperti tidak masuk akal... Bagaimana sebuah stesen penyiaran yang mendakwa sebagai 'market leader' dalam kelompoknya boleh melayan isu picisan tanpa sebarang merit dan kredibiliti.

Itulah TV3... Stesen penyiaran milik tidak langsung Umno yang bertemakan "Berita Terkini, Hiburan Sensasi".

Sudah hampir seminggu stesen penyiar swasta itu memainkan isu 'ucapan derhaka' seorang ahli Exco Kerajaan Negeri kepada Sultan Kedah kononnya. Maklumat berhubung perkara itu diterima oleh Pemuda Umno negeri khususnya Setiausaha pergerakan itu melalui satu surat layang.

Hanya berdasarkan surat layang itu, TV3 becara bersungguh-sungguh menyiarkan protes Pemuda Umno negeri dan memberikan liputan meluas siri-siri protes itu di rancangan Buletin Utama - program berita waktu puncak TV3.

Apa yang melucukan, hingga saat ini Pemuda Umno negeri dan TV3 gagal mendedahkan butiran spesifik tuduhan mereka. Terbukti Pemuda Umno tidak mempunyai apa-apa untuk didedahkan kecuali sehelai surat layang - tanpa nama, tanpa alamat, tanpa kredibiliti dan tanpa akauntabiliti.

Seperti kata Menteri Besar Kedah, sesiapa sahaja boleh menulis surat layang termasuk Pemuda Umno negeri sendiri.

"Mungkin dia jumpa (surat layang itu) di pasar, orang buang dia ambil, dia tu pula tak ada kerja, dia pun cakap pasai nota tu. Jadi macam mana pulak dia pergi ambil benda yang tak ada sebarang kualiti dimasuk dalam berita dan TV3 pun siar sekali. Tak tahu nak bezakah di antara dialog ni; dua orang bercakap, di mana dialog (itu)?

"Ni cakap-cakap seperti ini dia ada 'malafide' (niat jahat), dia berniat buruk untuk memfitnah sebuah kerajaan dan mengheret Tuanku Sultan dalam kes ini. Kita dukacitalah, patutnya bagi profesional sikitlah dalam hal ini. Sebab itu kita minta polis buat siasatan, orang yang buat laporan ini dia dapat dari mana (nota itu)?

"Mungkin dia sendiri yang buat dia kata orang kata (dibuat pihak lain), mungkin. Benda ni tak layanlah, benda ni kerja budak-budak!" tegas Ustaz Azizan pada sidang media selepas merasmikan Majlis Dialog Industri Dan Program Pembangunan Industri Halal Nasional Peringkat Negeri Kedah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar, 28 Februari lalu.

Sambil menyifatkan Pemuda Umno sebagai 'gembala kerbau' kerana hanya tahu berbuat bising, Ustaz Azizan tidak menolak kemungkinan bahawa isu itu sengaja dibangkitkan sebagai persediaan Umno berhadapan Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Bukit Selambau, 7 April ini.

Sebenarnya ini bukan kali pertama TV3 menyiarkan berita bohong tentang kerajaan negeri Kedah. Tentu kita masih ingat menjelang sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim, TV3 telah menyiarkan berita kononnya Menteri Besar Kedah berbelanja mewah kerana menyewa jet eksekutif dalam urusan rasmi. 'Footage' menunjukkan kelibat Ustaz Azizan memasuki pesawat tersebut disiarkan berulang kali oleh TV3.

Tanpa disedari, Ustaz Azizan sebenarnya hanya mengiringi kerabat Diraja Kedah menyampaikan jemputan kepada Sultan Brunei untuk hadir ke majlis sambutan Jubli Emas pemerintahan Sultan Abdul Halim. Maksudnya, program itu adalah urusan rasmi istana Kedah dan Ustaz Azizan cuma melaksanakan 'Urusan Diraja'. Maka jelas fitnah yang dilemparkan TV3 itu telah mencemarkan imej istana Kedah khususnya Sultan Abdul Halim.

Diberitakan 'orang kuat' TV3 terpaksa menghadap Sultan Kedah memohon ampun atas keterlanjuran laporan itu. Bagaimanapun hanya beberapa bulan selepas memohon ampun, TV3 kembali mengamalkan tabiat buruk melaporkan pembohongan dan fitnah terhadap kerajaan negeri.

Ustaz Azizan menyifatkan isu terbaru yang dimainkan TV3 dan dilakonkan Pemuda Umno negeri itu sebagai tindakan mencari publisiti murahan dan kebudak-budakan serta berniat jahat.

"Kerana kerja tu kerja tak ada asas, kalau ada asas tak apa juga. Ini tak ada tandatangan, yang tak ada tandatangan tu dia pergi cakap. TV3 Kuala Lumpur pun tak layan dah (kerja macam ini), TV3 Kedah saja layan; tak berapa cerdik, buat rugi masa saja," bidas beliau.

Menurut Ustaz Azizan, Tuanku Sultan pun tahu yang buat kerja ni orang bodoh.

"Tuanku tak layanlah, kalau orang cerdik Tuanku layanlah. Orang bodoh nak layan buat apa, kalau kita layan orang bodoh kita pun bodoh macam dia juga.

"Tambah budak-budak (Pemuda Umno), susu mak dok ubuh di mulut lagi tu, baru habis susulah orang kata, baru berhenti menyusu saja. Biarlah... budak-budak.

"Hari tu dia (Pemuda Umno) melompat di Parlimen, kepung Karpal Singh. Tempik macam nak runtuh Parlimen tu, Karpal Singh jentik pun tidak. Patutnya jatuh Karpal Singh tu (dikerjakan mereka). Ini (buat) bising macam gembala kerbau!" sindir beliau disambut gelak ketawa wartawan yang hadir.

Buat masa ini TV3 akan terus memperlihatkan kebodohannya untuk memperbodohkan orang kampung. Isu tanpa kredibiliti akan terus dimainkan asalkan kerajaan negeri Pakatan Rakyat dapat diburuk-burukkan.

Pembohongan akan terus dilaporkan dan fitnah akan terus menerus disensasikan walaupun tanpa sebarang bukti dan fakta. Etika kewartawanan sebenarnya telah lama dilacurkan stesen TV itu.

Elok rasanya TV3 menukar 'tagline'nya kepada "Pembohongan Terkini, Fitnah Sensasi". - tajdid

aku setuju, boikot berita je la, cite indon tu boleh tengok..kalau nak tengok berita bukak ntv7