
Dengan rasminya, jumlah pengunjung ke blog aku genap ke 1000 selepas ditolak dengan jumlah aku bukak sendiri.
Trima kaseh kepada yang setia, yang supporters dari depan atau belakang, pengkritik dan yang suka komen.
Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran

BELURU: Berjalan berpuluh-puluh kilometer setiap hari mungkin perkara biasa, namun ia bukan sesuatu yang mudah jika anda memiliki satu kaki.
Namun bagi Luyoh Nyalu, 51 dari rumah panjang di Telajin, Sibuti, kekurangan itu bukan alasan untuk dia duduk di rumah mengenang nasib.
Biarpun ada pihak memandang remeh dan mempersendakan kemampuannya, ia dijadikan pembakar semangat untuk terus berusaha memperbaiki kehidupan.
“Setiap hari saya ke kebun mengambil buah sawit dengan bantuan tongkat.
“Memang rimas pada mulanya, namun mengenangkan dua orang anak perempuan yang perlu disara saya teruskan juga bekerja,” katanya yang ditemui di kebun sawitnya di Beluru, kira-kira 90 kilometer dari Miri.
Menurut Luyoh, dia kehilangan kaki kiri selepas ditimpa kayu semasa membersihkan tapak huma pada 1979, kira-kira 30 tahun lalu.
Katanya, dia sedang memotong pokok kayu tersebut menggunakan gergaji berantai apabila pokok itu tiba-tiba tumbang dan menimpa kakinya.
Sejak kehilangan sebelah kaki, Luyoh terpaksa mengalami fasa kehidupan yang baru sebagai orang kurang upaya (OKU).
Namun semangat untuk menyara keluarganya tidak pernah luntur.
Lagi? tenguklah ke utusan borneo