Sunday, March 15, 2009

MBI roboh plak pokok demokrasi

IPOH 15 Mac — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) hari ini merobohkan plak peringatan ’Pokok Demokrasi’ yang dibina oleh Pakatan Rakyat untuk memperingati peristiwa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah pokok pada 3 Mac lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan negeri Dr Mah Hang Soon berkata tindakan meroboh plak itu adalah mengikut undang-undang kerana pembinaannya merupakan satu kesalahan mengikut Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 iaitu menyebabkan halangan di tempat awam.

“Saya tidak anggap kes ini sebagai satu kes yang istimewa kerana sebarang pembinaan secara haram tanpa kebenaran MBI akan diambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya mengulas mengenai tindakan pekerja MBI membersihkan kawasan berkenaan pagi ini.

Semalam, MBI mengeluarkan notis mengarahkan pemilik plak ’pokok demokrasi’ yang terletak di Medan Istana di sini supaya merobohkan tugu berkenaan dalam tempoh 24 jam.

Notis itu ditampal pada pokok hujan berkenaan yang terletak kira-kira 200 meter dari Bangunan Perak Darul Ridzuan dan menjadi tempat persidangan 27 Anggota Dewan Undangan Negeri pembangkang yang gagal memasuki Dewan. Persidangan yang dikatakan tidak sah itu meluluskan tiga usul termasuk pembubaran DUN.

Notis yang ditandatangani Pegawai Undang-undang MBI, Syahrul Azrin Ghazali bagi pihak Datuk Bandar Ipoh menyatakan pembinaan tugu itu menyalahi Seksyen 46 (1) (a) Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 kerana menyebabkan halangan di tempat awam.

Dua hari berturut-turut sebelum ini, plak berkenaan telah dipecah dan disimbah cat oleh pihak yang tidak diketahui.

Sejak dibina dan penanaman lima anak pokok hujan oleh bekas Menteri Besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin minggu lepas, kawasan berkenan menjadi tumpuan ramai pelawat.

— BERNAMA

Kemas bilik!

Bersempena hari ahad, hari untuk berehat ini, aku terpaksa, mahu tak mahu mengemas bilik double yang aku sorang duduk ni.

huhu..

Baik aku kemas sebelum bilik aku kena ambush lalu disaman pengurus asrama kolej.

mencegah lebih baik dari mengubati.

Mussen Lamoh bertanding di Batang Air

000049618.jpg

KUCHING 14 Mac – Barisan Nasional (BN) Sarawak bersetuju sebulat suara mencadangkan Malcom Mussen Lamoh (gambar), 49, dari Parti Rakyat Sarawak (PRS) sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Air pada 7 April ini.

Bagaimanapun, Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, pengumuman rasmi mengenai nama calon itu akan dibuat dalam tempoh terdekat ini setelah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selaku Pengerusi BN.

Dalam pada itu, Abdul Taib menggambarkan calon yang dipersetujui itu sebagai seorang yang mendapat sokongan cukup baik daripada akar umbi serta seluruh kawasan yang bakal diwakilinya.

“Calon ini mempunyai personaliti yang cukup menarik, mempunyai rekod yang baik malah paling penting ialah mahu menunjukkan keinginan berkhidmat untuk rakyat.

“Saya sendiri secara peribadi berkeyakinan kepada calon ini yang sekali gus akan membawa kemenangan kepada BN pada pilihan raya kecil nanti,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas mesyuarat Jawatankuasa BN Negeri di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Jalan Bako pada petang ini

Mussen merupakan Jurutera Jabatan Pertanian dan berasal dari Lubok Antu.

Rangka puntianak abad ke-16 ditemui

ROME 14 Mac – Kerja arkeologi dekat Venice telah menemui rangka seorang wanita abad ke-16 dengan batu diletakkan di antara rahangnya dan pakar menyatakan dia dipercayai puntianak.

Pengkebumian luar biasa itu disyaki disebabkan ritual pembunuhan puntianak ketika itu. Ia menunjukkan legenda makhluk penghisap darah ini dikaitkan dengan kejahilan zaman dahulu mengenai bagaimana penyakit berjangkit dan apa yang berlaku kepada tubuh selepas mati.

Rangka yang diawet itu ditemui pada 2006 di Pulau Lazzaretto Nuovo bersama-sama beberapa mayat lain yang dikebumikan dalam kubur besar, selepas wabak melanda Venice pada 1576.

“Puntianak tidak wujud, namun kajian menunjukkan orang ramai percaya mengenainya. Buat pertama kali kami menemui bukti pembunuhan ke atas puntianak,” kata ahli arkeologi dan antropologi Universiti Florence, Matteo Borrini.

Jelasnya, teks purba menunjukkan kepercayaan puntianak adalah disebabkan keadaan mayat mereput dengan darah mengalir dari mulut dan badan yang kembung apabila kubur digali semula untuk menanam mayat baru. – AP

Hmmm...memang wujud pun. Sains takkan dapat menjelaskan perkara ghaib.

Saturday, March 14, 2009

Selangor masih belum siarkan senarai harta MB, Exco

SHAH ALAM 13 Mac - Orang ramai masih belum dapat mengakses perisytiharan harta semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor menerusi laman web www.selangor.gov.my sehingga pukul 3 petang ini.

Walaupun pautan bertajuk Perisytihar Harta Y.B EXCO Selangor untuk mendapatkan maklumat tersebut dilihat telah wujud pada laman web berkenaan, namun ia didapati belum dapat diakses lagi.

Perisytiharan aset meliputi hartanah, saham dan sejumlah wang yang terlibat dalam urusan sejak tarikh rasmi angkat sumpah Exco dijadualkan akan dipaparkan kepada orang ramai mulai hari ini.

Tindakan itu sebagai menuruti titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah semasa merasmikan Persidangan Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini pada Selasa lalu. - Utusan