Saturday, March 7, 2009

Kemelut di Perak pasti berakhir, bila?

Kepada rakyat di Perak, memang sudah nasib mu sedemikian rupa.  Bukan tiada yang bersimpati denganmu, bukan tiada pahlawan dan wira yang sanggup berjuang demi kesejahteraanmu,
Kepada rakyat di Perak, memang sudah nasib mu sedemikian rupa. Bukan tiada yang bersimpati denganmu, bukan tiada pahlawan dan wira yang sanggup berjuang demi kesejahteraanmu,Para pejuang yang sanggup ke depan membela nasibmu, kini dicop sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dunia lebih menyanjung manusia yang munafik dan zalim daripada membela insan yang sanggup terpenjara dan dizalimi demi membela rakyat.

KEBENARAN PASTI BERSAMA RAKYAT DI PERAK

Kemelut politik di Perak tiada siapa yang tahu bila akan berakhir. Samada kebenaran itu di sebelah mana sekalipun, yang jelas rakyat di negeri tersebut telah dimangsakan. Kemelut ini bukan sahaja menyusahkan rakyat di Negeri Perak, malahan turut menyusahkan pihak-pihak lain yang sepatutnya tidak diseret sama untuk bergelumang dengan politik sekotor ini. Institusi dan jabatan-jabatan lain yang selama ini tidak dipandang serong oleh masyarakat kini menjadi sebaliknya. Siapakah yang menjadi angkara semua ini? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana adanya insan yang berjiwa tamak haloba dan rakus dengan mengambil kesempatan di atas insan lain yang pentingkan diri sendiri dan tidak bermaruah umpama `pelacur jalanan’.

Amat malang sekali institusi beraja kini menjadi perdebatan umum setelah sekian lama hak dan kuasa raja-raja terhapus akibat kuasa parti politik yang rakus. Kemelut politik ini turut mencemar nama baik institusi beraja yang selama ini disanjungi oleh rakyat khususnya masyarakat Melayu. Apakah yang terfikir oleh seseorang raja atau sultan apabila melihat sekumpulan rakyatnya sanggup berbaring di hadapan kenderaan berflet kuning sambil meratap dan merayu memohon simpati? Mengapa sedemikian rakyat sanggup melakukannya sedangkan datuk nenek mereka pernah mengajar mereka betapa raja dan sultan itu punyai daulatnya dan wajib ditaati. Angkara siapa kejadian yang memilukan ini boleh berlaku? Tidak lain dan tidak bukan adalah kerana adanya manusia bernafsu haiwan, ganas dan tamak kepada kuasa sanggup melakukan apa jua.

Tidak adil bagi saya untuk menyalahkan mereka yang sanggup berbaring, merayu dan menyembah mohon kepada raja mereka. Samada rayuan mereka didengari atau tidak, samada mereka diusir secara kasar atau tidak, hati kecil ini tetap yakin bahawa tiada manusia yang sanggup melihat kezaliman dan penganiayaan berlaku di depan mata melainkan hati-hati mereka tertutup untuk menerima cahaya kebenaran. Kepada siapa mereka perlu mengadu? Mereka punyai raja dan mereka percaya raja mereka tetap meletakkan keadilan untuk semua. Mereka percaya raja mereka telah melihat dan mendengar aduan mereka. Apa yang terjadi bukan soal perubahan dan pertukaran kuasa pemerintahan kerajaan Negeri Perak, tetapi lebih kepada soal maruah diri yang begitu mudah dibeli dengan menjadikan rakyat sebagai tebusan. Di mana letaknya hati dan perasaan manusia yang sanggup melihat derita orang lain sedangkan dirinya bersuka ria dan berseronok dengan kuasa dan jawatan yang dipinjamkan Allah SWT itu?

Kepada rakyat di Perak, memang sudah nasib mu sedemikian rupa. Bukan tiada yang bersimpati denganmu, bukan tiada pahlawan dan wira yang sanggup berjuang demi kesejahteraanmu, tetapi kelian telah melihat sendiri betapa dunia ini kadangkala tidak berlaku adil. Para pejuang yang sanggup ke depan membela nasibmu, kini dicop sebagai pengkhianat dan penderhaka. Dunia lebih menyanjung manusia yang munafik dan zalim daripada membela insan yang sanggup terpenjara dan dizalimi demi membela rakyat. Kemelut di Perak akhirnya pasti sampai ke penghujungnya apabila tiba bantuan dari Allah SWT. Namun, usaha berterusan haruslah dilakukan kerana Allah SWT tidak akan memberi secara mudah tanpa ikhtiar dan pengorbanan dari hambanya. Akhirnya nanti yang hak akan menghapuskan yang bathil, itulah janji Allah SWT.

WFAUZDIN NS

zek_riy@yahoo.com

Saluran baru RTM di Astro mulai 12 Mac

KUALA LUMPUR 6 Mac — Radio Televisyen Malaysia (RTM) akan memperkenalkan satu saluran baru berbentuk hiburan 24 jam iaitu Muzik Aktif di saluran 180 Astro mulai Khamis depan.

Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata program itu merupakan sebagai persediaan RTM ke arah penyiaran digital menjelang 2012, di samping menjadikannya sebagai platform untuk penggiat seni tempatan mempromosikan hasil industri kreatif mereka ke luar negara.

“Saya berharap dengan adanya saluran baru ini ia bukan sahaja menjadi satu platform kepada penggiat seni tetapi juga memberi kekuatan baru kepada dunia seni dan muzik di negara kita,” katanya pada sidang akhbar di Angkasapuri di sini hari ini.

Ahmad Shabery berkata saluran Muzik Aktif itu telah diperkenalkan dalam peringkat percubaan bagi Projek Perintis Pendigitalan Penyiaran RTM pada 1 Jun 2006.

Beliau berkata penyiaran melalui televisyen satelit itu juga akan memberi pengalaman baru dan proses pembelajaran kepada RTM bagi menguatkan serta memantapkan lagi siaran digitalnya sendiri.

“Kita telah meletakkan dekoder televisyen di 1,000 rumah sebagai sampel di Lembah Klang selama dua tahun dan kita sentiasa memperbaiki penyiarannya berdasarkan maklum balas yang diterima.

“Kali ini kita akan mensasarkan sebanyak dua juta penonton iaitu pelanggan Astro sehingga infrastruktur untuk sistem pendigitalan RTM siap, barulah ia akan disalurkan secara percuma,” katanya.

Saluran khusus menyiarkan program muzik seperti klip video penyanyi tempatan yang meliputi pelbagai genre, bahasa, budaya dan etnik di Malaysia serta program hiburan terbitan tempatan itu akan dilancarkan secara rasmi pada 16 Mac ini.

“Siaran di Astro merupakan salah satu platform dan strategi terbaik untuk memperkenalkan saluran ini sebagai langkah memupuk kesedaran umum bahawa RTM sedang melaksanakan projek penyiaran digital dan perkhidmatan nilai tambah yang sekaligus dapat merangsangkan dan mempercepatkan proses pendigitalan penyiaran RTM khususnya dan negara amnya,” katanya.

Sementara itu, Ahmad Shabery berkata kementeriannya akan menganjurkan Persidangan Industri Kreatif 2009 pada 16 hingga 17 Mac sebagai saluran perkongsian maklumat dan idea antara pihak yang terlibat dalam industri, pembekal teknologi serta penggubal dasar sama ada dari dalam atau luar negara dalam membincangkan masa depan industri kreatif di Malaysia.

Beliau berkata persidangan itu akan menghimpunkan semua pengendali media sama ada dari dalam dan luar negara bagi berkongsi ilmu dan pertukaran pengetahuan bagi membentuk rangka kerja untuk pembangunan industri kreatif di Malaysia.

“Di negara ini industri kreatif hanya menyumbang sebanyak 0.1 peratus dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Ini berbeza dengan negara maju di mana ia menyumbang sebanyak tujuh peratus dengan mengeksport drama, filem, muzik dan kesenian.

“Persidangan ini diharapkan akan memberi kesedaran kepada orang ramai apa itu industri kreatif terutamanya dalam zaman kemelesetan ekonomi di mana industri itu akan membantu jana ekonomi negara,” katanya.

Dijangka seramai 500 peserta, dengan antaranya pelajar Institusi Pengajian Tinggi, pembekal filem dan drama akan menyertai persidangan bertemakan “Industri Kreatif: Dimensi Baru Pembangunan Ekonomi”. Pameran juga akan diadakan sepanjang persidangan ini bertujuan menyebarkan maklumat mengenai industri kreatif bagi memberi kesedaran kepada rakyat Malaysia berkenaan pendigitalan.

— BERNAMA

harga pasaran minyak dunia sekarang


Ini Yang Dikatakan Pembela Melayu ???

Betul kata Tun Mahathir..."Melayu Mudah Lupa". Ini la orang nya. Terpekik terlolong ke sana sini suruh Tan Sri Khalis letak jawatan sebab kes lembu dan Lexus. Zaman meke jadi MB dulu lagi teruk rasuah nya. Berjuta-juta meke kaut masuk poket. Tak cukup meke mencekik duit rakyat, rumah setinggan melayu meke robohkan. Alasan nya pembangunan. Lepas tu sekarang bila dah tak ada kuasa baru le meke terpekik-pekik nak bela nasib orang melayu. Apa kejadah nya meke ni. Bangang betul. Rakyat tak lupa apa yang meke dah buat pada dema. Deme ingat sampai ke mati betapa zalim nya pemimpin melayu bernama Khir Toyo @ Mat Tempe.

Suka merobohkan rumah setinggan yang majoriti nya didiami orang melayu.


2 hari sebelum umat Islam menyambut Ramadhan iaitu pada 11 September 2007, kerajaan Selangor di bawah pimpinan menunjukkan 'belang'nya dengan merobohkan rumah rakyat di Jalan Hospital, Sg Buloh. langsung tiada kasihan belas kepada rakyat kerana rumah yang mereka roboh antaranya dipunyai oleh orang-orang tua bekas pesakit kusta dan lain-lain. mana ke pergi nya akal Khir Toyo sebagai pemimpin Melayu masa tu?




Kg Rimba Jaya mencari saksi karakusan Khir Toyo yang dibantu oleh macai-macai nya menjahanamkan melayu. Penduduk Kg Rimba Jaya yang 80 % penduduk nya melayu dan merupakan penyokong kuat Umno pun di telan si Mat Tempe.. Sokong le lagi kome..sokong..
Rumah dirobohkan dengan zalim seolah-olah mereka menggunakan undang-undang rimba tanpa budi bicara.
Khir Toyo pun laung "HIDUP MELAYU" !!!!!!


Dan yang paling dasyat masa zaman Khir Toyo berani merobohkan surau di Kg Berembang. Ni ke pembela melayu? ni nama nya haram jadah celaka. Lokasi kat Kg Berembang. Bukan setakat surau, rumah orang melayu pun dirobohkan.



Syabas Khir Toyo berjaya merobohkan sebuah rumah allah

Pemimpin macam ni nak diangkat jadi pembela melayu? kepala otak dia.....

Apabila lembu masuk kandang politik

JIKA MAHU TERUS JADI LEMBU, SPRM PERLU ISYTIHAR JADI PARTI KOMPONEN BARISAN NASIONAL

Hari Rabu bersamaan 25 Februari 2009, Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengambil keputusan untuk menghadiahkan seekor lembu khusus buat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebagai tanda 'penghargaan yang tinggi' di atas 'kebebasan dan integriti' yang telah diamalkan oleh badan tersebut.
Sekarang lembu pulak nak buat aduan kat SPRM !!!!




Teman rasa kalau semua dah tak boleh pakai elok le rakyat je jadi hakim.
Semalam penduduk Bandar Tun Rzak tunjuk perasaan. tapi teman pelik nya napa le gambar deme ni tak masuk dalam berita tv Nasional? Pemuda UMNO Kedah yang terpekik terlolong dibesarkan. Deme nak buat sembahyang hajat lepas ni. Jawab ler sang puaka yang menyebar fitnah pasal lembu ni.












http://permatang.blogspot.com/