Demi masa,sesungguhnya manusia itu benar2 dalam kerugian, kecuali orang yang beriman dan mengejarkan amal soleh dan menasihati mentaati kebenaran dan menasihati mentaati kesabaran
Monday, March 2, 2009
2 kejutan besar esok ? Kejutan Nizar dan kejutan Umno !! Tunggu..
Saya yakin ia benar, memang ada kejutan esok.
Berita mengejutkan Umno? Saya terus berfikir dan cuba menoleh ke belakang kepada beberapa maklumat yang diterima sebelum ini. Kira-kira dua bulan lalu ada seorang Datuk memberi tahu dan cuba menyakinkan saya, perhimpunan agung Umno pada Mac ini akan ditangguhkan.
Ada sesuatu teknik yang akan digunakan untuk menangguhkan persidangan berkenaan katanya.
Saya tidak percaya dan menganggapnya sebagai gurauan saja. Hinggalah bila berjumpa Datuk berkenaan tiga minggu lalu saya menanyainya berhubung maklumat yang beliau katakan itu. Katanya akan diteruskan.
Apakah berita yang akan meledak esok itu berhubung dengan usaha untuk menangguhkan persidangan Umno berkenaan? Bahawa rancangan yang disebutkan Datuk berkenaan berjalan dan akan jadi? Jadi sama-samalah kita tunggu hari esok. Insya-Allah menjelang petang berita itu akan meletup dan menjadi topik hangat sehari dua ini.
Apakah ia juga ada kena mengena dengan Abdullah Badawi? Pada saya mustahil kalau Abdullah terlibat kerana beliau sudah mengaku awal-awal akan menyerahkan jawatan itu kepada Mohd Najib Razak pada akhir bulan ini. Jadi siapa, dan apa kena tunggulah. Tunggulah esok!
banjar
Sunday, March 1, 2009
proud to be malaysian? what about being muslims?

membesar dengan didikan agama, daripada keluarga yang beragama islam. ibu bapa menerima didikan agama daripada datuk & nenek. sekolah tingkat tingkat, tapi akhlaknya bodoh berlapis lapis. Subahanallah..
Apa guna mak bapak nama haji dan hajjah? buat malu orang tua ja. Apa guna puasa 30hari di bulan Ramadhan kalau 1 tahun tara sembahyang? apa guna sembahyang 5 kali siang dan malam kalau aurat terdedah pagi (buta) dan petang ? apa guna. KAU BERGELAR ISLAM TAPI MENGAMALKAN BUDAYA YAHUDI?
Aksi buli pelajar dalam YouTube

KUCHING - Sekumpulan pelajar Sekolah Menengah di Mukah bertindak lebih berani apabila dilaporkan merakam dan memasukkan aksi buli yang mereka lakukan ke atas seorang pelajar lain ke dalam laman perkongsian video internet.
Di dalam klip video selama 3.05 minit itu, mangsa yang dikatakan seorang pelajar Tingkatan Tiga sebuah sekolah berasrama di Dalat dilihat disepak, diterajang dan dipukul termasuk menggunakan cerek air oleh sekumpulan pelajar lain yang masih berpakaian seragam sekolah di dalam sebuah bilik asrama.
Walaupun mangsa kelihatan cuba merayu agar tidak diapa-apakan, tetapi dia terus dibelasah tanpa belas kasihan.
Sebuah laporan menyebut keluarga mangsa yang berasal dari Kampung Penat, Oya, telah membuat laporan polis Isnin lalu di Balai Polis Dalat. - Bernama
Aku belum jumpa lagi link kat youtube tu, kalau dah jumpa nanti aku letak.
Selangor rentap rekod Kelantan
SHAH ALAM - Selangor merentap rekod gah Kelantan yang kebal dalam enam perlawanan apabila menundukkan pasukan Pantai Timur itu 3-0 pada perlawanan Liga Super yang dicemari insiden membaling objek oleh kedua-dua penyokong pasukan di Stadium Shah Alam, semalam.
Jaringan seawal minit keempat R. Surendran dan gol hasil sepakan bebas D. Surendran pada minit ke-69 menjulang skuad K. Devan.
D. Surendran sekali lagi menambah derita Kelantan dengan gol ketiga dan penutup pada minit ke-90.
Ia merupakan kekalahan 'atas padang' pertama skuad bimbingan Peter Butler yang sebelum ini kehilangan tiga mata apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memberikan kemenangan percuma kepada KL PLUS.
Akibat aksi tegang, dua kad merah dilayangkan, pertama kepada pertahanan Selangor, Khairul Anuar Baharom pada minit ke-40 diikuti penjaga gol Kelantan, Halim Napi minit ke-70.
Kekecohan tidak sahaja dalam padang tetapi juga di tempat duduk penonton apabila penyokong kedua-dua pasukan saling membaling objek termasuk botol air mineral dan kerusi tempat penonton yang dicabut.
Kejadian yang hampir mencetuskan kekecohan itu tercetus sejurus gol kedua Selangor, bagaimanapun keadaan berjaya ditenteramkan daripada menjadi lebih buruk oleh sepasukan anggota polis dan pengawal stadium.
Insiden itu merupakan kemuncak kepada insiden membaling botol air dan mercun di sepanjang perlawanan yang disaksikan hampir 40,000 penyokong kedua-dua pasukan.
Malah, tempat duduk petugas media juga menjadi sasaran.
Keadaan tersebut menyebabkan para petugas media terpaksa mencari perlindungan.
Keadaan yang semakin tidak terkawal menyebabkan Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA), Tan Sri Annuar Musa yang menyaksikan perlawanan meminta penyokong supaya bertenang.

