Friday, February 27, 2009

Kabinet batal kenaikan tol

PUTRAJAYA 27 Feb. – Kabinet hari ini membatalkan keputusan menaikkan kadar tol di lima lebuh raya seperti diumumkan oleh Menteri Kerja Raya, Datuk Ir. Mohd. Zin Mohamed semalam.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar di pejabatnya di Kementerian Kewangan di sini pada pukul 5.30 petang ini.

Semalam, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta keputusan menaikkan kadar tol itu dikaji semula kerana sekarang bukanlah masa yang sesuai untuk membuat keputusan. – Utusan


Tak cukup lagi, turunkan semua tol!!

Herald allowed to use the word 'Allah'.

KUALA LUMPUR: The Catholic Herald magazine is permitted to use the word Allah provided the publication clearly states the words “For Christians only” in its masthead.

Herald editor Father Lawrence Andrew said this was stated in the recently gazetted Internal Security Act signed by the Home Minister Datuk Seri Syed Hamid Albar on Feb 16.

“The next edition of the Herald will contain the word Allah, and we will print the words “For Christians only” on the masthead so as not to contravene the Act,” he said.

It is learnt the Act also forbids the use of the words Kaabah, solat and baitullah.

Meanwhile, the Home Ministry’s Quran Publication Control and Text Division secretary Che Din Yusoh confirmed the content of the gazetted Act.

The High Court will today hear the mention of the case about the use of the word Allah in the Herald.

The Archbishop of Kuala Lumpur, who is the plaintiff, had applied for a judicial review of a Home Ministry directive last year forbidding the Herald publisher from using the word Allah as a synonym for “God.”

The plaintiff’s counsel Porres Royan had argued that the directive was unlawful and that the word was not exclusive to Islam.

On Dec 5, the publisher filed a writ of summons in the Kuala Lumpur High Court to seek a declaration on the use of the word.

The other respondents were the Home Ministry, the Government and the state Islamic Councils of the Federal Territory, Terengganu, Penang, Selangor, Kedah, Johor, Malacca and the Malaysia Chinese Muslim Association.

Lagenda Nabau (ular gergasi) Benar atau Rekaan

Lagendanya memang benar tapi kewujudannya menjadi tanda tanya.

Tontoni video dibawah.

Musim Umrah dan Ziarah dah bermula


Pada tahun ini, rasa-rasanya musim umrah dan ziarah sudah pun bermula. Bagi yang berkemampuan, digalakan mengerjakannya sebagai persediaan menunaikan ibadah haji.

Jika Jemaah tersebut adalah rombongan pertama dari Malaysia, mereka amat bertuah kerana belum ada jemaah dari negara lain lagi yang tiba disana. Mereka boleh menghabiskan banyak masa di tempat-tempat yang mustajab seperti di makam Ibrahim, di dalam hijr Ismail, di depan-depan pintu kaabahdan sebagainya. Pada pengalaman saya, waktu inilah paling mudah untuk Jemaah mencium hajarul Aswad.

Percaya atau tidak, saya berasa begitu puas hati kerana dapat menciumnya sebanyak mungkin hingga tak terkira. Tiap-tiap masa pun boleh menciumnya kecuali ketika solat fardu. Waktu paling mudah adalah selepas solat subuh, kerana ketika itu amat sedikit jemaah yang berada di Masjidil Haram.

Waktu ini juga amat sesuai untuk berdoa di depan Multazam (dinding Ka'bah yang terletak di antara Hajar Aswad dengan pintu Ka'bah) dan dihadapan pintu ka'bah sehingga saya boleh mengusap pintu emas tersebut. Rasulullah SAW bersabda, "Antara Rukun Hajar Aswad dan Pintu Ka'bah, yang disebut Multazam. Tidak seorangpun hamba Allah yang berdoa di tempat ini tanpa terkabul permintaannya". Dah selesai berdoa, tunaikan solat sunat di dalam Hijr Ismail pula, dan waktu ini amat sesuai bagi wanita kerana waktu dibenarkan memasukinya.

Kalau berkemampuan kerjakanlah umrah sebanyak mana yang anda mampu disana, ikut cita rasa nada, jika mampu buat 2 umrah sehari iaitu pada waktu pagi dan malam, kalau tak mampu buat sekali dalam 2 hari.

Kalau nak tengok perlaksanaan hukum hudud pulak, pergi kat Tanaim, tiap hari Jumaat tapi waktu bila tak berapa pasti( anda boleh tanya agen muassasah), anda pasti takut melihatnya, tapi inilah hukaum Allah yang sempurna. Kat tempat-tempat lain pun ada juga, boleh tanya agen anda.

Ziarahlah disekitar kota mekah. Ambil foto jika mampu. Mungkin dalam masa sedekad lagi tempat-tempat sejarah akan dihapuskan dan tiada apa yang boleh anda dan generasi anda lihat lagi untuk dikenang. Ini kerana pemerintah saudi yang berfahaman Wahabi tidak menyukai 'perangai' jemaah yang suka berziarah ke tempat yang tak penting bagi mereka.

Bagi ziarah di Madinah pula, segalanya telah siap tersedia di semua pakej, tak perlu risau. Mungkin ada penambahan tempat-tempat baru ziarah mengikut pakej masing-masing.

Makanan yang paling sedap dan popular pulak adalah nasi 'mandi'. Nasi ini dimasak dengan seekor kambing di dalam pasir. Jika anda ingin mencubanya, boleh cakap dalam bahasa melayu/indonesia kerana semua pekerja mereka faham. Susu unta juga amat berkhasiat, jika anda mempunyai masalah kurus, boleh cuba minum susu unta, sedap tak terkata.

Thursday, February 26, 2009

Artis punca moral muda mudi runtuh

Tidak dapat kaum muda nafikan bahawa artislah punca segala-galanya yang mungubah trend golongan muda di negara ini. Artis lebih kuat pengaruhnya dikalangan remaja sehingga menjadi pujaan di hati. Hanya beberapa kerat je remaja yang layan nasyid sebab membosankan dan kkurang berminat.

Tidak semua artis yang patut dipersalahkan kerana mereka juga mungkin belum mendapat kasih sayang Allah. Namun apa yang telah terjadi pada remaja kini adalah hasil promosi mereka sendiri. Antara trendnya adalah mewarnakan rambut dah menjadi perkara biasa, lelaki memakai perhiasan seperti gelang tangan dan rantai, berpegangan tangan lelaki dan wanita, berpakaian seksi dan yang melampaui sekali meninggalkan solat 5 waktu dan solat jumaat. Bila boleh nampak artis pegi sembahyang? Time sembahyang raya je la.