Tuesday, February 24, 2009

UMNO di sarawak hanya sia-sia saja


UMNO adalah parti komponen utama BN. Di semua negeri semenanjung malaysia dan sabah, UMNO penentu segalanya.

Tapi lain pulak ceritanya di sarawak. UMNO adalah parti yang ditolak secara total oleh pemimpin-pemimpin tertinggi di sarawak, khususnya bangsa melayu. Ini kerana wadah perjuangan UMNO adalah berbeza jika dibandingkan dengan perjuangan bangsa melayu sarawak. Berbeza dari segi idealogi hinggalah dialeknya, UMNO tidak mempunyai sebab untuk bertapak di negeri kenyalang ini.

Memang ada segelitir rakyat yang turut berjuang untuk membawa masuk parti ini, tetapi segalanya gagal. Jika dilihat pada pilihanraya negeri sarawak pada tahun 2006, ada jugak yang mengantungkan bendera UMNO bersama-sama bendera BN. Namun rakyat tidak pernah tertipu dengan semua itu.

Kehadiran agen-agen UMNO sejak awal lagi sudah tidak disenangi oleh pembesar-pembesar negeri, ini kerana wakil UMNO hanya mengambil jalan mudah untuk menganggotai kerajaan negeri, lebih-lebih lagi mengawal politik negeri. Dan, pembesar-pembesar disini juga mempunyai hubangan antara kaum yang lebih baik daripada UMNO.

JIka UMNO datang dengan alasan mempertahankan ketuanan melayu di negeri ini, apa bezanya dengan PKMS, Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak yang telah lama membela nasib melayu di negeri ini sehingga diblacklist kerajaan negeri satu masa dahulu. Kini PKMS tidak mampu lagi bersuara akibat tekanan pihak-pihak tertentu.

Cerita lebih lanjut: http://www.agendadaily.com

SARAWAK STATE ASSEMBLYMAN DIES



Filed under: ARTICLES (LATEST) 24/02/2009, general — sjsandteam @ 09:52
Tags:
Dublin Unting, the state Assemblyman for Batang Ai, passed away at 1.26 am this morning. He passed away at the Normah Medical Centre in Kuching. He has been in coma since May last year. He was the Sarawak Assistant Minister for Sports and Agriculture. Dublin Unting Ingkot, is 53 years old. He fell into a coma after a stroke. His demise paves the way for a by-election in the state that Pakatan Rakyat has designated as the next front in its struggle against Barisan Nasional. The bye-election will be held in 60 days.

Additional information: His remains would be taken to his uncompleted new house at Stutong here at about 2:30pm, according to Wilson Ugak, a political secretary to the chief minister. He leaves behind widow Froline Moriah Dimies Impoi and three children.

Dublin Unting retained the seat after beating challenger Nicholas Bawin from the Sarawak National Party (SNAP) in the May, 2006 state election. The long-serving Batang Ai assemblyman was Parti Rakyat Sarawak (PRS) vice-president. - http://sjsandteam.wordpress.com/

Kekuasan Allah sungai bercantum dengan laut



Gambar di atas adalah gambar laut di Cape Town, Afrika Selatan. Air laut tersebut sebenarnya adalah cantuman dua sungai yang bertemu di laut. Apa yang menariknya kedua air tersebut mempunyai dua rasa yang bertentangan dan kedua jenis air tersebut tidak boleh bercampur!

Inilah kekuasaan Allah, dan ada dinyatakan dalam Al-Quran.- http://isuduniamelayu.blogspot.com/

Nak tahu apa yang ditulis dalam bahasa arab tu? Click sini

Isu royalti minyak


Persoalan: selepas PRU ke 12 yang lalu, 2 buah negeri kaya minyak, Terengganu dan Sabah dah menuntut jumlah royalti minyak mereka. Adakah sarawak negeri paling kaya minyak ini tidak mendapat royalti tersebut? Siapa boleh jawab?

Status Parti Politik Sarawak













Selama 21 tahun menjadi rakyat negeri serawak (sarawak), aku boleh menilai beberapa buah parti yang betul-betul mampu bertahan di negeriku yang tercinta ini.

Parti komponen BN:

1) PBB

Parti tunjang dalam perjuangan BN di negeri ini. Diangotai oleh bangsa melayu dan kebanyakkannya melanau. Majoriti adalah Islam.

2) SPDP

Parti yang mewakili kaum majoriti sarawak, kaum dayak/iban.

3) SUPP

Parti yang diwakili majoriti kaum cina.

dan banyak lagi, tapi ni saja yang aku tahu.


Tetapi amat sukar bagi Pakatan Rakyat:

1) PKR

Parti pembangkang berpengaruh tetapi tidak mempunyai ramai pemipin yang berkredibilti tinggi.

2) DAP

Parti yang diwakili majoriti kaum cina dan sebagai pembangkang yang kuat di sarawak. Parti ini memberi saingan sengit kepada SUPP.

3) PAS

Parti diwakili umat Islam. Tidak begitu mendapat sambutan kerana ketandusan isu di sarawak dan hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja.Juga tidak mempunyai pemimpin yang disegani.

Kalau PR nak menawan Sarawak, pastikan mempunyai pemimpin yang berkarisma, futurististik dan boleh berinteraksi dengan masyarakat bebilang kaum dan bangkitkan isu-isu tempatan bukan sekadar isu nasional sahaja.