Tuesday, February 24, 2009

Isu royalti minyak


Persoalan: selepas PRU ke 12 yang lalu, 2 buah negeri kaya minyak, Terengganu dan Sabah dah menuntut jumlah royalti minyak mereka. Adakah sarawak negeri paling kaya minyak ini tidak mendapat royalti tersebut? Siapa boleh jawab?

Status Parti Politik Sarawak













Selama 21 tahun menjadi rakyat negeri serawak (sarawak), aku boleh menilai beberapa buah parti yang betul-betul mampu bertahan di negeriku yang tercinta ini.

Parti komponen BN:

1) PBB

Parti tunjang dalam perjuangan BN di negeri ini. Diangotai oleh bangsa melayu dan kebanyakkannya melanau. Majoriti adalah Islam.

2) SPDP

Parti yang mewakili kaum majoriti sarawak, kaum dayak/iban.

3) SUPP

Parti yang diwakili majoriti kaum cina.

dan banyak lagi, tapi ni saja yang aku tahu.


Tetapi amat sukar bagi Pakatan Rakyat:

1) PKR

Parti pembangkang berpengaruh tetapi tidak mempunyai ramai pemipin yang berkredibilti tinggi.

2) DAP

Parti yang diwakili majoriti kaum cina dan sebagai pembangkang yang kuat di sarawak. Parti ini memberi saingan sengit kepada SUPP.

3) PAS

Parti diwakili umat Islam. Tidak begitu mendapat sambutan kerana ketandusan isu di sarawak dan hanya tertumpu di kawasan tertentu sahaja.Juga tidak mempunyai pemimpin yang disegani.

Kalau PR nak menawan Sarawak, pastikan mempunyai pemimpin yang berkarisma, futurististik dan boleh berinteraksi dengan masyarakat bebilang kaum dan bangkitkan isu-isu tempatan bukan sekadar isu nasional sahaja.

Monday, February 23, 2009

Najib punca kekalutan politik Perak - Mahfuz

KETUA Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar hari ini menyelar tindakan BN/Umno yang sengaja mengheret pihak Istana ke kancah politik demi kepentingan politik mereka.

"Punca kepada kekalutan yang berlaku hari ini ialah tindakan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggunakan istana bagi merampas Perak, kemudiannnya beliau berselindung di sebalik istana dan menuduh Pakatan Rakyat penderhaka.


"Walhal beliaulah yang memulakan segala-galanya, mereka menggunakan kedudukan dan kuasa untuk mempengaruhi istana, ini satu helah yang digunakan Umno/BN terutamanya Najib untuk memuaskan hati dan cita-cita politiknya menjelang Mac ini,"katanya dalam laman blognya.Beliau yang juga Ahli Dewan Rakyat Pokok Sena turut kesal dengan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi yang mempertahankan 'rampasan kuasa' di Perak, sebaliknya menyalahkan Speaker Dun Perak sebagai menghina Sultan sedangkan, apa yang dilakukan Speaker Dun Perak adalah menurut Perlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak.

"Siapa yang mulakan rampasan kuasa dengan menggunakan Istana, siapa yang menggunakan istana membenarkan pelantikan Menteri Besar dengan tidak mengikut peruntukan undang tubuh kerajaan negeri? "Kini Umno/BN mahu menyalahkan Pakatan Rakyat.

Saya kesal dengan kenyataan PM yang menyatakan Speaker menghina Sultan, sepatutnya diakhir pemerintahannya, PM perlu menunjukkan keazaman yang tinggi membersihkan nama beliau yang tercalar kerana permainan dalaman Umno sendiri.


Katanya, Raja-raja Melayu diminta agar tidak terjerat dengan permainan politik Umno ini kerana semuanya adalah untuk kepentingan politik Najib. "Jangan nanti rakyat mempunyai persepsi bahawa Raja-raja digunakan untuk kepentingan politik. Raja-raja seharusnya dilihat 'neutral," tambahnya lagi. - http://nakmarahmarahlah.blogspot.com "

Chua soi Lek

Dengar cerita Dr. Chua ade buat dvd baru. tak nyesal lagi mamat ni, dah la nak main dengan yang muda. Atau dah ada profession baru lepas letak jawatan dulu..

nostalgia PRK MPP

Baru-baru ni,semua kampus universiti awam di Malaysia selesai mengadakan PRK mereka. Bagi aku, sebagai student UTM, PKR ni takde memberi manfaat langsung kepada aku. Yang wajib bagi aku hanyalah mengundi saja.

Bermula dengan prosedur biasa setiap pilihanraya, Penamaan calon diadakan. Sape yang betanding aku pun tak kenal dan tak nak tau. Penamaan calon ni dibuat kat rumah alumni, jaoh jugak la nak pergi, tapi waktu pesta konvo boleh pulak pergi kat situ. Yang aku penah dengar kat UTM ni ade 2 "parti' yang bertanding, Aspirasi dan Promahasiswa. Ramai yang cakap aspirasi ni pro UMNO/BN dan promahasiswa ni pro pembangkang.

Lepas tu berkempen. Selama aku duduk kat UTM tak pernah lagi aku pergi tengok calon-calon berkempen sebab tak ade langsung yang bagitahu tempat dan masa berkempen. Dalam tempoh ni jugak perang poster pun bermula, ade yang siap buat bentuk nama dia lagi untuk pancing undi. Ade yang gantung kat arked, fakulti, pondok bas sampai kat pintu bilik pun ade. Aku rase ade kekurangan sikit kat poster tu sebab tak letak dia dari 'parti' mana yang dia wakili. Tak cukup dengan poster bagi kad nama pulak, antara kandungannya pencapaian diaorang waktu jadi MPP lepas, kebolehan, pengalaman, dan macam-macam lagi. Kalau boleh letak la no. handphone kat situ (bagi calon permpuan), baru boleh face to face..hehe. Pas tu pada saat-saat akhir berkempen ade la masuk sms calon-calon yang dicadangkan oleh pihak-pihak tertentu. Bagi aku malas nak tahu calon mana yang akan dipilh esok.

Keesokan harinya, kuliah macam biase. Tak tahu pulak hari tu hari membuang undi. Tapi kalau tak mengundi kena beri surat tunjuk sebab kat dekan. Nak tak nak pergi ngundi je la. Dah sampai tempat mengundi takde la macam dalam tv orang beratur panjang. Ha, time mengundi pulak, aku teringat sms member semalam, tapi malas la aku nak bukak handset waktu tu, jadi pangkah aje lah kat gambar awek yang cun-cun tu. Untung dia orang aku yang undikan.Dah habis mengundi ade pulak dapat hadiah buku diary UTM,air kotak dan notepad. Tak cukup dengan tu fakulti aku buat cabutan bertuah lagi, ade la member ni memang bertuah dapat pendrive 1Gb.

Jadi macam tu je lah perjalanan PRK bagi aku, kawan-kawan aku hampir semuanya melalui detik-detik PRK ni macam aku jugak. Memang tak memberi kebaikan untuk aku langsung. Bila yang menang menjadi MPP, dia orang dah tak menyebelahi mahasiswa lagi, sebab dah jadi pengampu pihak pentadbir.

Jadi student ni mesti enjoy, dah grad nanti baru lah sibuk hal politik ni.